Lebih 2,000 Calon Sekolah Rendah Rangkaian Musleh Serentak Duduki SPPIM di Seluruh Negara Hari Ini

SERI KEMBANGAN – Seramai 2, 135 calon Tahun 6 dari 34 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian dan rakan Musleh di seluruh negara mula menduduki Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2025 yang bermula hari ini.

Peperiksaan berpusat yang berlangsung selama tiga hari, bermula 26 Ogos hingga 28 Ogos 2025, dilaksanakan serentak di semua 34 pusat peperiksaan yang terlibat.

Menurut Ketua Sektor Pentaksiran, Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Zunaidah Yacob, SPPIM dirangka untuk menilai pencapaian murid secara menyeluruh, merangkumi aspek ilmu, kemahiran, sahsiah dan penghayatan Islam. Peperiksaan ini tidak hanya mengukur akademik, tetapi turut melibatkan komponen bertulis, hafazan, lisan dan pentaksiran berterusan sepanjang tahun.

Antara subjek syariah atau diniah utama yang diuji ialah Akidah, Akhlak, Fekah, Sirah, Bahasa Arab dan Al-Quran.

“SPPIM menjadi platform penting untuk menilai keberhasilan pendidikan Islam holistik yang ditawarkan Musleh, sekali gus membentuk generasi berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing,” ujarnya lagi.

Suasana peperiksaan hari pertama berjalan lancar dengan komitmen penuh daripada para guru petugas peperiksaan serta sokongan ibu bapa.

Ujian bertulis bagi SPPIM (SRI) 2025 dijangka berakhir pada 28 Ogos 2025, melibatkan subjek Sirah dan Bahasa Arab sebagai penutup kepada pentaksiran tiga hari ini sementara pentaksiran bagi komponen-komponen lain tetap terus dilaksanakan sebelum tempoh pentaksiran berakhir pada 25 Oktober.

Turut ditaksir sepanjang tempoh pembelajaran tahun ini, subjek Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh melibatkan konstruk Daya Tahan, Disiplin, Kemahiran Sosial dan Kepemimpinan.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis