IKRAM Musleh Perkenal IQRA dalam Persidangan Antarabangsa IAEA di Mexico

Seri Kembangan – IKRAM Musleh melalui Pengarah Eksekutifnya, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor telah berpeluang untuk menyertai dan membentangkan kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Tahunan kali ke-47 anjuran International Association for Educational Assessment (IAEA) bermula 2 Oktober hingga 7 Oktober yang lalu di Universiti Anáhuac, Mexico City.

Penganjuran persidangan berkenaan fokus kepada pentaksiran pendidikan daripada aspek berbeza dengan memberikan penekanan khusus pada pendidikan berkualiti. Tema persidangan itu berkait rapat dengan Matlamat Pembangunan Lestari ke-4 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Pendidikan Berkualiti bagi memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.

Megat Mohamed Amin berkata bahawa, fokus utama pembentangannya ialah berkaitan projek International Quality Range Assessment (IQRA) dan Pendidikan Alternatif Sekolah Menengah (PASM).

Megat Mohamed Amin

Beliau yang juga wakil delegasi dari Malaysia telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Enhancing Excellence in Education Through Excellent and Balanced Assessment”.

“Projek IQRA ini merupakan hasil usaha barisan penyelidik dari IKRAM Musleh manakala PASM ialah projek usaha kerjasama antara Khidmat Nurani Khalifah (KNK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Hasanah,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, peranan asas pentaksiran pendidikan sangat penting dalam mencapai matlamat akhir pendidikan dan pada masa yang sama juga, mempunyai peranan penting dalam mengukur apa yang ingin kita nilai.

“Secara khusus, dalam konteks sistem pendidikan Islam di mana kita percaya bahawa pembinaan sahsiah merupakan matlamat yang paling utama, persoalan mengenai kemenjadian murid turut mencerminkan pendidikan yang bermakna. Berdasarkan kebimbangan itulah, teknik pentaksiran iaitu International Quality Range Assessment (IQRA) telah dibangunkan oleh IKRAM Musleh bermula dari tahun 2017 lagi untuk menilai sejauh mana, pada akhir proses pendidikan wajib, pelajar telah mencapai hasil pendidikan yang diingini,” katanya.

Lanjutnya, hasil pendidikan yang diingini tersebut boleh diukur dari segi bagaimana murid mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada situasi kehidupan sebenar, selain mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat.

Sementara itu, PASM pula merupakan penilaian alternatif yang cuba menentukan keupayaan murid dalam ketidakupayaan mereka. Sebanyak lima domain dan lima belas hasil konstruk telah dikenal pasti untuk dinilai menggunakan apa yang dipanggil sebagai tetingkap penilaian ERRA atau Persekitaran (Environment), Reaksi (Reaction), Pengiktirafan (Recognition) dan Pengakuan (Admission) sebagai alat untuk mengumpul keterangan dalam menilai kewujudan konstruk dalam diri murid.

Dalam sesi persidangan tersebut, pelbagai isu, analisis dasar dan strategi pendidikan yang merangkumi sub tema dan topik menarik seperti Mengubah Penilaian untuk Realiti Baharu, Pengukuran sebagai Elemen Penting Pendidikan Berkualiti, Etika dan Tanggungjawab Sosial dalam Pentaksiran, Pendidikan Inklusif dan Saksama untuk Penilaian Kualiti, Penilaian dan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah diteroka secara mikro dan makro.

Mengulas lanjut mengenai IQRA, Megat Mohamed Amin berkata, IQRA telah menarik minat delegasi-delegasi dari negara luar dan berharap agar perkongsian usaha dakwah dan tarbiah melalui pendidikan, khususnya IKRAM Musleh, akan dapat dimanfaatkan oleh komuniti pendidikan di serata dunia.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Centre for Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) melalui Sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) terus

BERITA

SEBERANG PERAI UTARA, 19 Ogos – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada warga Sekolah Rendah

BERITA

SERI KEMBANGAN, 18 Ogos – Jaringan Pendidikan Islam di peringkat serantau terus diperkukuh apabila Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima

BERITA

SERI KEMBANGAN – Peperiksaan bertulis Sijil Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) bagi Sekolah Rendah Islam (SRI) bermula hari ini mengikut

BERITA

SERDANG, 8 Ogos – Seramai hampir 300 warga Institusi Pendidikan IKRAM meliputi guru, pelajar dan pihak pengurusan sekolah seluruh negara

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan