Muzakarah Pengurusan Institusi Pendidikan IKRAM 2.0

Seri Kembangan – Seramai 90 orang peserta mewakili sekolah-sekolah rangkaian dan rakan IKRAM Musleh dari seluruh negara termasuk barisan Ahli Jawatankuasa Pendidikan Negeri, para jemputan khas dan Alumni IKRAM Musleh telah menghadiri Muzakarah Pengurusan Institusi Pendidikan IKRAM (IPI) 2.0 yang berlangsung di sini pada Sabtu lalu.

Muzakarah yang bermula pada jam 9 pagi itu diadakan bertujuan untuk memantapkan semangat juang dan ukhuwah islamiah dalam kalangan penggerak utama pendidikan IKRAM, menerangkan status terkini IPI 2.0 selain mendapatkan maklum balas dan sokongan terhadap penambahbaikan dasar kawal selia serta pengoperasian IPI 2.0.

Ucap utama telah disampaikan oleh Ketua Unit Pembangunan Institusi IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob yang juga merupakan wakil Jawatankuasa Pusat IKRAM, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM dan Ahli Lembaga Pengarah IEDB. Seterusnya, perkongsian bertajuk Hala Tuju IPI 2.0 telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IEDB, Tuan Haji Azli Mohd. Nor. Turut ditaklimatkan; penstrukturan semula struktur organisasi IKRAM Musleh di bawah IPI 2.0 serta pengurusan dokumen dan sistem operasi di bawah IPI 2.0, yang telah disampaikan oleh Ketua Pengurus Operasi IEDB, Tuan Haji Tarmizi Munir.

Dalam perkembangan sama, sesi muzakarah diteruskan dengan bengkel perbincangan dalam kumpulan pada sebelah petang. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis