Hari Pertama SPPIM 2022 bagi Sekolah Rendah Berjalan Lancar

Johor Bahru – Suasana hari pertama peperiksaan bertulis Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2022 bagi 1900 calon dari sekolah-sekolah rendah rangkaian IKRAM Musleh di seluruh negara hari ini berjalan lancar kata Ketua Sektor Pentaksiran, Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM Musleh, Zunaidah Yacob.

Calon SPPIM 2022 di Sekolah Rendah Islam Sri Al-Amin, Bangi.

Menurut Zunaidah, SPPIM pada tahun ini pertama kali dijalankan secara pentaksiran berasaskan sekolah sepenuhnya.

“Kita melakukan perubahan terhadap landskap pentaksiran sekolah di bawah rangkaian IKRAM Musleh ini secara berperingkat. Tahun ini, SPPIM dilaksanakan sepenuhnya di bawah tanggungjawab dan pengawasan daripada pihak pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar sekolah bagi memastikan perjalanan pentaksiran SPPIM ini dapat dijalankan dengan baik,” kata Zunaidah.

“Perubahan berperingkat ini dibuat dalam iklim pentaksiran IKRAM Musleh ini agar kita dapat membuat pentaksiran berbentuk holistik kepada murid. Penilaiannya bersifat berterusan. Kita tidak mahu penilaian kemenjadian murid itu hanya bergantung kepada peperiksaan bertulis semata-mata sedangkan pentaksiran itu boleh dilihat daripada pelbagai sudut untuk menilai kemenjadian murid,” tambahnya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa peperiksaan bertulis bagi kesemua subjek pada tahun ini hanya mewakili 40 peratus daripada markah keseluruhan manakala bakinya adalah pentaksiran secara berterusan melalui pelbagai kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk pelajar IKRAM Musleh yang dilaksanakan berasaskan sekolah secara sepenuhnya sepanjang tahun.

Calon SPPIM 2022 di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu.

Zunaidah juga berharap kesemua calon dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan tenang selain menasihatkan calon supaya terus menjaga kesihatan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Hari pertama peperiksaan SPPIM 2022 bagi sekolah-sekolah rendah rangkaian IKRAM Musleh di seluruh negara dimulakan dengan peperiksaan subjek Akidah pada pukul 8 pagi manakala kertas kedua pada hari ini ialah subjek Fekah.

Sebanyak 32 pusat peperiksaan dari sekolah-sekolah rendah rangkaian IKRAM Musleh di seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan SPPIM pada tahun ini.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus