MyIKRAM Bikers Meriahkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan SRI Al-Amin

Kuala Terengganu – Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu (SRIAAKT), Engku Zarinah Engku A. Rahman pada 21 Ogos yang lalu telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia ke-59 peringkat sekolah di sini.

Majlis pelancaran kali ini disambut meriah melibatkan ahli-ahli MyIKRAM Bikers (MIB) yang tiba di perkarangan sekolah sambil menaiki motor berkuasa tinggi pada sekitar jam 8 pagi. Sebaik konvoi bermotor yang diketuai oleh Dr. Azmi Hassan itu tiba, majlis diteruskan dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Murid SRIAAKT, M. Irham Haqeem yang telah disempurnakan oleh Guru Besar dan lagu Negaraku dinyanyikan sambil Jalur Gemilang dinaikkan.

Sumber gambar: Media SRIAAKT

Seterusnya, beberapa persembahan menarik daripada murid-murid dan juga Panitia Elektif (Sejarah) SRIAAKT turut memeriahkan acara. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Guru Besar SRIAAKT, Engku Zarinah sebelum beliau menyempurnakan gimik perasmian. Majlis pelancaran pada pagi itu diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik bersama murid-murid SRIAAKT bagi menyemarakkan lagi semangat menyambut kemerdekaan pada tahun ini.

Sumber gambar: Media SRIAAKT

Dalam slot berasingan, MIB bersama IKRAM Kuala Nerus turut menyerahkan sumbangan kepada para penerima sumbangan yang layak sebelum sesi jamuan ringkas diadakan. Majlis selesai pada kira-kira jam 10 pagi.

Sumber: Facebook SRI Al-Amin Kuala Terengganu

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis