Lawatan Silang Budaya Perkaya Nilai, Perkasa Perpaduan

Parit Raja – Menjelang ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 pada 31 Ogos nanti, pihak Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Batu Pahat telah mengadakan lawatan muhibbah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Nan pada Isnin lalu di sini. Lawatan yang diketuai oleh Guru Besar SRI Hidayah Batu Pahat, Rozita Othman itu telah disambut mesra oleh Guru Besar SJKC Kong Nan dan seluruh warga sekolah sebaik beliau tiba bersama guru dan wakil murid pada kira-kira jam 8 pagi.

Dalam lawatan berkenaan, aktiviti nyanyian lagu patriotik dan simbolik laungan merdeka sebanyak tujuh kali bersama seluruh warga sekolah telah diadakan bersama di padang sekolah.

Sumber: Facebook SRI Hidayah Batu Pahat

Selain itu, lawatan yang dijadualkan berlangsung selama sejam setengah itu turut mengetengahkan aktiviti kebudayaan mengikut rumpun bangsa yang ada di Malaysia khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina seperti aktiviti kraftangan serta permainan tradisional batu seremban dan congkak.

Rozita berkata bahawa lawatan silang budaya seumpama ini telah lama dipraktikkan oleh pihak sekolah.

Katanya, kewujudan sekolah pelbagai aliran di Malaysia telah membuka ruang untuk pihak sekolah mengadakan program seperti ini, khususnya aktiviti silang budaya yang kaya dengan nilai hormat dan perpaduan bagi mencorak adab yang baik dalam generasi pada hari ini. Murid-murid berpeluang untuk saling mengenali dan belajar menghormati perbezaan.

Sumber: Facebook SRI Hidayah Batu Pahat

Dalam perkembangan sama, para guru dan murid turut mengambil kesempatan untuk beramah mesra sambil saling bertukar buah fikiran dan pandangan dalam sesi jamuan yang diadakan pada hujung program. Penghargaan turut diberikan oleh tuan rumah kepada pihak SRI Hidayah Batu Pahat atas kunjungan mereka sebelum mereka pulang pada kira-kira jam 10 pagi.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis