Pelaksanaan Program TOT Kokurikulum IKRAM Musleh di Kepulauan Riau

Batam – Ketua Sektor Kokurikulum Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan IKRAM Musleh, Mejar Abd Rahaim Md Isa dalam rangka lawatannya ke sekolah-sekolah di Indonesia bagi mengendalikan kursus “Training of Trainers” (TOT) kokurikulum IKRAM Musleh dan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh, telah selesai melaksanakan kursus berkenaan pada Sabtu lalu di Sekolah Islam Terpadu Ulil Albab di sini.

Ketibaannya bersama tiga orang lagi pegawai KRS Musleh telah disambut oleh pimpinan Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) Indonesia bagi provinsi Kepulauan Riau yang diketuai oleh Zulkarnain Simbolon, M.Pd. Seramai 38 orang guru-guru dari 28 buah sekolah yang terletak di sekitar provinsi Kepulauan Riau termasuk Batam, Bintan, Tanjung Pinang, Lingga, Karimun, Natuna dan Indragiri Hilir menghadiri kursus pelatihan berkenaan.

“Indonesia merupakan negara ke-2 yang kita kunjungi dalam usaha memberikan TOT ini kepada para guru dari sekolah-sekolah yang merupakan rakan kerjasama IKRAM Musleh dalam pelbagai program peringkat antarabangsa sejak sekian lama. Tujuan pelatihan ini fokus kepada memberi latihan praktikal tentang tatacara pengendalian, pengurusan dan pentadbiran program-program yang dianjurkan oleh IKRAM Musleh seperti International Eco Nature Virtual Run, Remote Musleh International Students Traditional Archery Championship dan lain-lain,” ujar Abd Rahaim.

Sehari sebelum itu, sesi perbincangan dua hala antara pihak IKRAM Musleh dan JSIT serta Pramuka dari Kepulauan Riau turut berlangsung bagi membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Sesi perbincangan dua hala antara wakil pihak IKRAM Musleh dan KRS Musleh serta JSIT dan Pramuka Kepulauan Riau.

Terdahulu, Abd Rahaim yang juga merupakan Pengerusi KRS Musleh telah mengadakan kursus sama kepada seramai 42 orang peserta dalam kalangan guru-guru dari kira-kira 30 buah sekolah rangkaian Assalam Smart School Association (ASSA), Thailand yang terletak di beberapa wilayah berasingan seperti Pattani, Narathiwat, Songkhla, Satun, Yala dan Phang-nga pada 2 Julai yang lalu.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam