RC Game Development Challenge: SMIHJB Muncul Johan

Kuala Lumpur – Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bharu (SMIHJB) baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori RC Game Development Challenge anjuran RunCloud Education yang telah berlangsung pada 22 Oktober lalu di ibu negara.

Tersenarai sebagai 5 finalis bagi salah satu daripada dua kategori yang dipertandingkan, pasukan dari SMIHJB yang diberi nama Mark 0.1 ini telah mencipta dan membangunkan sebuah aplikasi permainan bernama ‘Ocean’s Guardian’.

Bagi kategori RC Game Development Challenge, matlamat cabaran ialah agar pelajar memahami cara aplikasi permainan dibangunkan dan digunakan. Dengan melengkapkan cabaran ini, para peserta akan mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang pembangunan aplikasi permainan asas.

Mus’ab Amsyar Noor Fahmi, Rizq Nufail Mohd Nazri, Arissa Maisarah Mohamad Husaini dan Kawtsar Zamil Najwah, masing-masing merupakan pelajar Tingkatan 2 SMIHJB, telah membentangkan aplikasi permainan ciptaan mereka bersama empat lagi pasukan finalis lain dari MRSM Alor Gajah, MRSM Kuala Terengganu, MRSM Johor Bahru dan MRSM Batu Pahat selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir sebelum akhirnya diumumkan sebagai Johan sekaligus berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai, hamper iringan dan medal.

Dalam perkembangan sama, acara ini telah disertai oleh sekolah-sekolah di seluruh negara termasuk 40 buah sekolah MRSM. Lebih daripada 100 kumpulan telah diadili oleh juri professional dan seterusnya 16 kumpulan terpilih untuk bersaing di peringkat separuh akhir sebelum 5 finalis diumumkan untuk bersaing di peringkat akhir dalam acara Malaysia Techlympics @ JomLaunch! yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Terdahulu, SMIHJB turut meraih Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam Pertandingan Skudai Robotic Challenge bagi kategori Sumo Robot anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai yang telah berlangsung pada 19 Oktober lepas. Ahmad Faiz Azhar Fahrol Fahmy, 13 dan Nabil Zamri Adnan, 13 dinobatkan sebagai Naib Johan manakala Abdullah Qaasim Mohd Saleh, 13 dan Naufal Aidi Zuraidi, 13 menduduki tempat ketiga.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod