R-MISTAC 2022: Hidupkan Sukan Sunnah di Tiga Negara

Seri Kembangan – Majlis penutup dan pengumuman pemenang bagi 2nd Remote Musleh International Students Traditional Archery Championship (R-MISTAC) 2022 yang bersiaran secara langsung di laman facebook Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) malam semalam menyaksikan penyertaan dari tiga buah negara; Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pengarah R-MISTAC 2022, Mejar KRSM Kamaruzaman Che Ya yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra Musleh) dalam ucapannya menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan para jurulatih memanah tradisional selain menghargai usaha semua pihak dalam menjayakan acara sukan ini di tempat masing-masing.

Sementara itu, Penasihat MeTra Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa berkata, acara pertandingan sukan memanah ini telah berlangsung secara serentak selama dua hari di begitu banyak tempat di ketiga-tiga buah negara pada 29 Oktober yang lalu hingga 30 Oktober. Sebelum itu, pendaftaran penyertaan dari ketiga-tiga buah negara telah dibuka bermula 5 Oktober sehingga 20 Oktober 2022.

Sambutan R-MISTAC 2022 di Thailand.

“Acara ini telah berlangsung di merata tempat di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Sungguhpun begitu, kita percaya bahawa jarak tidak menghalang untuk kita saling bersatu hati dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita melalui acara sukan ini,” katanya.

“Terdapat satu perkara yang menarik tentang memanah. Dalam ilmu panahan, perlumbaan merupakan salah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripadanya,” ujarnya sebelum merasmikan majlis berkenaan.

Lanjut beliau lagi, elemen terpenting dalam acara sukan yang dipertandingkan ini ialah sifat ihsan.

“Berkenaan dengan ihsan ini, Rasulullah SAW ada menyebut dengan jelas bahawa sesuatu amal yang jika dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, maka akan dikira sebagai ibadah. Semoga semua yang diusahakan dan dilakukan sepanjang pertandingan ini, dikira di sisi Allah dan mendapat ganjaran daripada-Nya.”

Ketua Hakim, Leftenan Muda KRSM Mohd Faizul Md Taib

Dalam perkembangan sama, Ketua Hakim R-MISTAC 2022, Leftenan Muda KRSM Mohd Faizul Md Taib dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang baru kali pertama menyertai acara ini atas keberanian dan semangat masing-masing selain turut memberikan galakan kepada para peserta yang telah berpengalaman menyertai untuk menambahbaik kemahiran masing-masing pada masa akan datang.

Senarai penuh para pemenang R-MISTAC 2022
Kategori: Primary (Under 9) Boy (Standing and Kneel Down)
1. Ahmad Luqman Zaakiyy Shahrul Zuraidi – SRI Hira’ Klang (MAS)
2. Muhammad Uwais Fathi Mohd Arifin – Kelab Memanah As-Siddiqin (MAS)
3. Qalisy Arsh Azizan – 3Q Archery Team (MAS)

Kategori: Primary (Under 9) Girl (Standing and Kneel Down)
1. Lutfa Arina Annabella Mohamad Nazri – SK Ambangan Height (MAS)
2. Maryam Hanna Muhammad Taufek – SRI Hira’ Klang (MAS)
3. Iman Arissa Mohd Kamarulanuar – SRI Al-Amin Gombak (MAS)

Kategori: Primary (Under 12) Boy (Standing and Kneel Down)
1. Emir Muzhaffar Effandi – SRI Hira’ Klang (MAS)
2. Muhammad Siddiq Muhammad Hanif – SK Ayer Hitam (MAS)
3. Anis Tokeng – Thamavityamulniti School (THA)

Kategori: Primary (Under 12) Girl (Standing and Kneel Down)
1. Nur Aina Safiyya Mohammad Hanif – Kelab Memanah As-Siddiqin (MAS)
2. Faatimatun Najah Shahrul Zuraidi – SRI Hira’ Klang (MAS)
3. Aisya Saffeeya Shahrol Hazlee – SK Seri Sekawan Desa (MAS)

Kategori: Secondary (Under 15) Boy (Standing, Kneel Down and Back Shooting)
1. Muhammad Danish Naufal Mohammad Azmi – SMI Hira’ Jeram (MAS)
2. Syed Muhammad Hamzah Alkadri Syed Zainal Abidin – SMK Bukit Baru (MAS)
3. Danis NA Pattani – Samarddee Witya School (THA)

Kategori: Secondary (Under 15) Girl (Standing, Kneel Down and Back Shooting)
1. Hanis Jusni – SMI Al-Amin Gombak (MAS)
2. Nur Qhrishtina Zaitirany Norzaidi – Archers Studio Seremban 2 (MAS)
3. Nurunnajaah Asyraf – Mulya Archery Academy (MAS)

Kategori: Secondary (Under 18) Boy (Standing, Kneel Down and Back Shooting)
1. Uzair Mahzuz Roslan – MRSM Ulul Albab Kepala Batas (MAS)
2. Haikal Danial Hasmi – MRSM Tun Ghafar Baba (MAS)
3. Muhammad Syamil Faizuddin Zahiruddin – SMKA Syeikh Abdullah Fahim (MAS)

Kategori: Secondary (Under 18) Girl (Standing, Kneel Down and Back Shooting)
1. Tasnim Jusni – Fletcha Archery Malaysia (MAS)
2. Anisah Naflah Ahmad Fitri – SMKA Dato Hj Abu Hassan H Sail (MAS)
3. Rafiqah Farihah Mohd Manzuri – SM Sains Kuala Selangor (MAS)

Kategori: Adults Men (Standing, Kneel Down and Back Shooting)
1. Hatrihalobor Asmawi – Kelab Memanah Tradisional Malq (MAS)
2. Mr. Adee Teh – Masjid Taluban School (THA)
3. Mr Toriq Awaeni – Waqaf Traditional Archery Club (THA)

Kategori: Adults Women (Standing, Kneel Down and Back Shooting)
1. Nur Effaniza Tahar – Archers Studio Seremban 2 (MAS)
2. Munirah Tharek – Kelab Sukan dan Sosial MARDI (MAS)
3. Emi Norhaszura Othman – GPU (MAS)


BERITA

PETALING JAYA – Sekolah Rendah i-Musleh meraih Johan dan Naib Johan bagi kategori Robomission Rookie Primary School dalam National Robotic

BERITA

KOTA BHARU – Sazalina Abdullah, guru dari Sekolah Menengah Islam Aman, Kota Bharu menerima Anugerah Guru Wibawa dalam Majlis Apresiasi

BERITA

KUALA LUMPUR – Akhdan Arsyad Anaqi Azizi, 8, murid Tahun 2 dari Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah terpilih mewakili Malaysia dalam

BERITA

BANGI – Bertujuan melatih para guru dalam mengendalikan kem kepimpinan rahmah untuk murid-murid sekolah rendah rangkaian Musleh, Sektor Sokongan dan

BERITA

SERI KEMBANGAN, 3 Dis – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjung hormat para delegasi dari sekolah-sekolah Islam Nepal, di

BERITA

Innalillahiwainnailaihirojiun. Seluruh warga Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) turut berdukacita dengan pulangnya ke rahmatullah salah seorang pengasas Musleh, Ustaz Haji