2 Sekolah Rangkaian IKRAM Musleh Raih Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik

Alor Setar – Sekolah Rendah Islam Al-Azhar, Jitra (SRAZ) telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik Sekolah Swasta Kedah 2022 bagi kategori sekolah rendah manakala Sekolah Menengah Al-Islah, Sg Petani (SMAI) pula menerima anugerah sama bagi kategori sekolah menengah sempena Majlis Anugerah Institusi Pendidikan Swasta Kedah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang berlangsung pada 8 Oktober lalu di sini.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan Swasta JPN Kedah, Mohamad Basri Md Jusoh dalam ucapan alu-aluanya berkata bahawa majlis yang julung-julung kali diadakan itu ialah bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada tenaga pengajar dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mengambil kira peranan dan sumbangan institusi-institusi pendidikan swasta dalam memartabatkan sistem pendidikan di negara ini amnya dan di negeri Kedah khususnya.

Sementara itu, majlis yang berlangsung di Dewan Konvokesyen Albukhary International University tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Malek Abu Hassan.

Sekolah Menengah Al-Islah, Sg Petani, penerima Anugerah Pengurusan Kurikulum Terbaik Sekolah Swasta Kedah 2022 bagi kategori sekolah menengah.
Intan Sharina (dua dari kanan), Guru Penolong Kanan Kurikulum, Sekolah Rendah Al-Azhar, Jitra.

Guru Penolong Kanan Kurikulum SRAZ, Intan Sharina hadir menerima bagi pihak sekolah sambil diiringi oleh Pengetua Sekolah Menengah Al-Azhar, Mohd Syahir Ismail yang turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha sehingga SRAZ berjaya merangkul anugerah tersebut.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis