Unit Kokurikulum IKRAM Musleh Lebar Jaringan ke Kemboja

Phnom Penh – Ketua Unit Kokurikulum IKRAM Musleh merangkap Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Tuan Abdul Rahaim Md Isa tiba, di sini, semalam untuk memulakan lawatan pengaantarabangsaan dan silang budaya Malaysia-Kemboja selama 4 hari. Ketibaan beliau selaku ketua delegasi disambut Mufti Kemboja, Okna Ust Kamaruddin Yusof di Madrasah An-Nikmah, Phnom Penh. Rombongan dari Malaysia terdiri daripada delegasi-delegasi pasukan Memanah Tradisional (MeTra) IKRAM Musleh, Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) dan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM).

Mufti Kemboja (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada Mejar KRSM Tuan Abd Rahaim Md Isa.

Hasil lawatan berkenaan, Kelab Memanah Tradisional (MeTra) dengan rasminya telah ditubuhkan di Madrasah An-Nikmah, Phnom Penh (salah sebuah sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Mufti Kemboja) semalam yang kelulusannya telah ditandatangani oleh Okna Ust Kamaruddin Yusof sambil disaksikan oleh Abd Rahaim.

Hari ini, Abd Rahaim dan para delegasi juga telah mengunjungi Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja yang disambut oleh Setiausaha Negara, Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan, Nos Sleh. 

Setiausaha Negara, Nos Sleh (lapan dari kanan belakang) bergambar kenangan bersama delegasi IKRAM Musleh dari Malaysia.

Lawatan ini juga menumpukan usaha kerjasama antara IKRAM Musleh dan sekolah-sekolah di Kemboja dalam mengembangkan sukan memanah tradisional serta merapatkan hubungan antarabangsa antara dua negara terutamanya dalam aspek pendidikan.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan, Timbalan Pengerusi KRS Musleh, Soleh Senafi dan pegawai-pegawai kanan KRS Musleh yang lain. 

Mereka dijadual pulang pada 24 Januari 2020 nanti. 

 

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS

BERITA

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25

BERITA

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan

BERITA

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh