IKRAM Musleh Anjur Kursus Pengurusan Media

Bangi – “Kita berhasrat untuk melahirkan penulis atau pelapor media yang menjaga kredibiliti dan prinsip kewartawanan,” ujar Pengarah Program, Rofazlin Jusoh dalam Kursus Pengurusan Media yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum IKRAM Musleh dengan kerjasama Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM) di Bilik Uthmaniyyah, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi, semalam.

“Semua penyelaras yang hadir dalam kursus ini akan diberikan pendedahan awal dan panduan tentang penyediaan bahan berita yang berkualiti dan menepati kriteria bidang. Pada masa akan datang, penyelaras media setiap sekolah diharapkan boleh berperanan untuk melahirkan penggerak media yang rahmah sama ada daripada kalangan guru dan murid.” 

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 41 orang Penyelaras Kelab Media daripada seluruh sekolah rangkaian IKRAM Musleh yang hadir.

Di samping itu, kursus ini juga bertujuan untuk menyelaraskan perancangan aktiviti tahunan Kelab Media di sekolah-sekolah.

“Kursus sebegini sangat baik dan informatif kepada semua peserta terutamanya guru-guru yang menguruskan hal ehwal media di sekolah,” ujar Nurain Md Nor, dari Sekolah Menengah Al-Hidayah Ipoh.

Beliau berpendapat bahawa laporan atau berita-berita palsu yang tidak tepat sangat berleluasa pada zaman sekarang.

“Justeru, melaporkan berita yang tepat dan sahih ini sangat penting dan selari dengan tuntutan syariat agar kita berlaku jujur dan benar dalam membawa sesuatu berita,” katanya lagi.

Sebelum itu, kursus yang berlangsung selama sehari ini dimulakan dengan Slot Asas Kewartawanan yang disampaikan oleh mantan wartawan akhbar Utusan Malaysia, Siti Ainiza Kamsari. Beliau menyampaikan kaedah asas dalam menulis berita merangkumi protokol, kaedah dan perkara yang perlu dielakkan dalam menulis sesuatu berita.

Program berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Sumber: KRS Musleh

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

HULU SELANGOR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ustaz Kamaruzaman Che Ya, staf Perunding KRS

BERITA

KUANTAN – Perkhemahan Nasional (PERNAS) 2025 dengan jemputan antarabangsa dan terbuka telah berlangsung dengan penuh jayanya bermula 22 hingga 25

BERITA

CYBERJAYA – Pasukan Robotik Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak (SMIAAG) muncul juara RoboBlitz JAZRO Cup 2025 selepas menewaskan pasukan lawan

BERITA

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh