IKRAM Musleh, MEDIU Tandatangan MoU Tingkat Kerjasama Pendidikan

Prof. Dr. Omar Bin Yaakob (kanan) dan Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman.

Kuala Lumpur – IKRAM Musleh menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Al-Madinah International Universiti (MEDIU) Jumaat lalu di sini bagi mewujudkan kerjasama dalam pembangunan akademik dan pendidikan khususnya. 

Pengerusi JK Pendidikan IKRAM merangkap Pengerusi IKRAM Musleh, Prof. Dr. Omar Bin Yaakob berkata kerjasama itu diharap akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sedia ada melalui program-program yang akan dianjurkan serta menggalakkan pertukaran maklumat yang bermanfaat bagi kedua-dua institusi.

“Hasil kerjasama ini boleh membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk sama-sama terlibat dalam penganjuran program di peringkat nasional mahupun antarabangsa dalam memperkasa pendidikan khususnya pendidikan Islam dan sekaligus mempromosikan kedua-dua institusi di mata negara dan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili IKRAM Musleh dan menandatangani MoU sambil disaksikan oleh Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

MEDIU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Fadhlan bin Mohd Othman berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama ini dan berharap sama-sama dapat memberikan khidmat dan sumbangan kepada bidang pendidikan.  

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod