Bahas Ala Parlimen: SMIAAG Muncul Juara Daerah Gombak

6 Mac, Rawang – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak telah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh pada peringkat akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gombak yang bertempat di SMK Seri Garing, Rawang semalam.

Setelah SMIAAG berjaya memenangi bahas di peringkat zon pada 22 Februari yang lalu, SMIAAG melayakkan diri mara ke peringkat daerah. Sebelum itu, SMIAAG berjaya menewaskan Sekolah Agama Menengah Rawang pada peringkat separuh akhir.

Nik Faqihah Auni binti Nik Kalizan telah berjaya dinobatkan sebagai pembahas terbaik pada pentas akhir. Namun atas kapasiti SMIAAG sebagai sekolah swasta kita hanya mampu berjuang di peringkat akhir daerah Gombak sahaja.

Tahniah dan syabas diucapkan! Semoga kejayaan ini dapat mengharumkan lagi nama baik sekolah dan MUSLEH di peringkat daerah Gombak. Insya Allah.

Kongsikan...

Bincangkan...