SRI Al-Hidayah Ipoh Johan InERIC 2026, Pendekatan Didik Hibur Bahasa Arab Raih Pengiktirafan Antarabangsa

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat sebagai Johan Pertandingan Inovasi Pendidikan Kategori Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sempena Karnival Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Peringkat Antarabangsa 2026 (InERIC 2026) yang telah berlangsung pada 12 hingga 14 Mei lalu di sini.

Kejayaan tersebut diraih menerusi inovasi “Tiket Masuk Ke Kelas (TMKK) Didik Hibur” hasil cetusan empat orang guru sekolah berkenaan iaitu Razman Abdul Aziz, Nurul Shafiza Samsudin, Fatin Nurzawani Mohd Yusoff dan Muhammad Harith Radzi.

Pertandingan bertaraf antarabangsa itu menghimpunkan seramai 197 peserta dari pelbagai institusi pendidikan dan penyelidikan, sekali gus menjadikan kemenangan ini sebagai satu pengiktirafan besar terhadap usaha inovasi pendidikan yang dilaksanakan oleh warga pendidik SR Al-Hidayah Ipoh.

Majlis penutupan dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad.

Sementara itu, inovasi TMKK Didik Hibur merupakan satu inovasi sistematik yang dibangunkan bagi membudayakan hafazan serta meningkatkan penguasaan kalimah Bahasa Arab dalam kalangan murid melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berimpak tinggi.

Pendekatan tersebut menggabungkan elemen didik hibur, teknologi pendidikan dan aktiviti berasaskan permainan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif serta meningkatkan keterlibatan murid di dalam kelas.

Malah, inovasi ini turut membantu murid menguasai kosa kata Bahasa Arab secara lebih konsisten, berstruktur dan mudah diingati melalui amalan hafazan yang diaplikasikan secara berterusan.

Menurut wakil pasukan, pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin untuk terus memperkasa budaya inovasi dalam pendidikan selari dengan aspirasi MUSLEH dalam melahirkan generasi rabbani yang kompeten dan berdaya saing.

Pada masa sama, pasukan berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Sekolah (JPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), para guru, kakitangan sekolah, ibu bapa, murid-murid serta seluruh warga Pusat Pendidikan Al-Hidayah atas dokongan dan sokongan berterusan terhadap pembangunan inovasi pendidikan di SRI Al-Hidayah Ipoh.

Sumber foto: SRI Al-Hidayah Ipoh

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble