SRI Hira’ Klang Terima Anugerah Sekolah Agama Islam Swasta Cemerlang daripada JAIS

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah Sekolah Agama Islam Persendirian / Swasta Cemerlang, sekali gus mengharumkan nama rangkaian sekolah MUSLEH di pentas pendidikan negeri dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, pada Khamis.

Pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Dr. Mohammad Fahmi Ngah selaku Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor kepada Guru Besar SRI Hira’ Klang, Fauziah Aripin, dalam majlis yang turut dihadiri seramai 840 guru KAFA dan guru sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan Pendidikan Tahun 2026 anjuran JAIS itu diadakan bersempena sambutan Hari Guru Kebangsaan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik dalam memperkasa pendidikan Islam di negeri Selangor.

Sebagai penerima anugerah, SRI Hira’ Klang turut menerima sumbangan berjumlah RM8,000 sebagai penghargaan terhadap komitmen berterusan sekolah dalam menyediakan pendidikan Islam yang holistik serta menitikberatkan pembangunan sahsiah murid.

Pihak sekolah dalam kenyataannya menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan tersebut dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil usaha bersama seluruh warga sekolah, guru, ibu bapa dan murid dalam memperkukuh kecemerlangan pendidikan di SRI Hira’ Klang.

Musleh Integrated Education Berhad merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pengiktirafan ini kepada SRI Hira’ Klang dan diharapkan menjadi pemangkin untuk guru-guru MUSLEH terus melaksanakan amanah pendidikan dengan penuh ihsan, kesungguhan dan semangat kebersamaan demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sumber berita: Facebook SRI Hira Klang (Sekolah Rendah Islam Hira)

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod