Usahasama Untuk Bina Sekolah Bertaraf Dunia

Wakil rombongan dari IKRAM Musleh bergambar bersama Dato’ Freida Mohd Pilus (empat dari kiri), Founder dan Mentor Cempaka Schools.

28 Feb, Damansara Heights – Telah berlangsung satu perbincangan dan pertemuan khas antara pihak IKRAM Musleh dan Dato’ Freida Mohd Pilus, Founder dan Mentor Cempaka Schools, Damansara dan Cheras. Antara yang hadir dari IKRAM Musleh termasuklah Puan Hjh Kamaliah Noordin, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali, Hj Abdul Aziz Basri dan Hj Che Azmi di sini pagi tadi.

Ia bertujuan meninjau satu bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak bagi membangunkan sebuah “World Class International Islamic School”. Konsep dan model pengoperasiannya telah dibincangkan dan bahkan konsep Model School IKRAM Musleh turut dibentangkan oleh wakil IKRAM Musleh, Puan Hjh Kamaliah Noordin.

Perbincangan susulan masih amat perlu diadakan dalam masa terdekat dengan syor yang lebih konkrit mengenai konsep, model pengoperasian dan MOU.

Moga-moga Allah swt menjayakan usaha-usaha kita dalam menerajui pengislahan pendidikan di peringkat lokal dan global melalui projek ini.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan hormat daripada Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI), Universiti Pendidikan