Penyelarasan Nasional Standard Pentaksiran Konstruk Insan Rabbani, Membina Jurulatih Utama PKPIM

SERI KEMBANGAN — Centre of Learning Excellence (CLE), Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) telah mengadakan Kursus Training of Trainers (TOT) Penyelaras Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM) 2026 bagi memperkukuh pelaksanaan pentaksiran holistik berteraskan pembinaan Insan Rabbani di rangkaian sekolah MUSLEH seluruh negara hari ini.

Program yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks IKRAM itu menghimpunkan guru pengurus dan penyelaras PKPIM dari Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) Musleh sebagai persediaan penyelarasan pelaksanaan instrumen PKPIM edisi 2026.

Kursus sehari anjuran Sektor Pembangunan dan Pengurusan Kurikulum dan Pentaksiran (PPK), CLE itu bertujuan melahirkan Jurulatih Utama (JU) yang mahir dalam falsafah, objektif dan metodologi pentaksiran PKPIM, selaras dengan kerangka pembinaan murid secara menyeluruh merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menurut pihak penganjur, Buku PKPIM 2026 diterbitkan sebagai panduan pentaksiran holistik yang memberi fokus kepada 11 Konstruk Insan Rabbani, bermula daripada pembinaan jasmani yang cergas sehingga melahirkan peribadi berperanan sebagai rahmat kepada seluruh alam (Rahmatan Lil ‘Alamin).

Melalui kursus TOT ini, seramai kira-kira 66 peserta diberikan pendedahan mendalam berkaitan kaedah pelaksanaan pentaksiran bersepadu yang menekankan sinergi antara murid, ibu bapa dan mentor.

Pendekatan kolaboratif ini dilihat penting bagi memastikan penilaian yang dibuat lebih menyeluruh, autentik dan berterusan.

Selain itu, sesi latihan turut tertumpu kepada teknik penyelarasan pemarkahan menggunakan Skala Kekerapan dan Skala Keyakinan, iaitu kaedah standard yang digunakan dalam instrumen PKPIM bagi menjamin keadilan, ketekalan serta integriti skor pentaksiran antara sekolah.

Para peserta juga dijangka berperanan sebagai rujukan utama di peringkat sekolah dan zon masing-masing, seterusnya berupaya membimbing guru-guru lain dalam menghayati dan mengaplikasikan instrumen PKPIM secara berkesan dalam pembangunan sahsiah murid.

Dalam perkembangan sama, program ini menjadi sebahagian daripada usaha berfasa MUSLEH dalam memperkukuh transformasi kurikulum dan budaya itqan di sekolah-sekolah Musleh, di samping memastikan pelaksanaan pentaksiran konstruk pelajar berjalan secara seragam dan berkualiti tinggi dalam membentuk karakter, nilai dan keperibadian murid secara menyeluruh.

Turut hadir, Pengurus Kanan CLE, Rohida Jamaludin dan Ketua Sektor Tarbiah CLE, Dayang Norhayani Amir.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble