Inisiatif Reviu Kurikulum Musleh Ke Arah Penambahbaikan Berfasa dan Pengukuhan Transformasi

SERI KEMBANGAN – Telah berlangsung Bengkel Reviu Kurikulum Musleh 2026 (RK26) hari ini di Dewan Utama Kompleks IKRAM, di sini sebagai sebahagian usaha transformasi Kurikulum Musleh.

Menghimpunkan barisan kepimpinan sekolah, khususnya barisan Guru-guru Penolong Kanan daripada sekolah-sekolah rangkaian Musleh, bengkel ini menjadi platform penting untuk menilai dan menambah baik kurikulum sedia ada agar terus relevan, menyeluruh dan sejajar dengan aspirasi pendidikan semasa.

Menurut Pengurus Kanan Centre of Learning Excellence, Rohida Jamaludin, bengkel ini berasaskan Kerangka Domain Pendidikan IKRAM Musleh serta Dokumen Transformasi Kurikulum, dengan fokus kepada penilaian menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan sistem kurikulum melalui input langsung daripada pelaksana di peringkat sekolah.

“Penglibatan Guru Penolong Kanan yang berpengalaman memberi nilai tambah melalui perkongsian amalan sebenar di peringkat sekolah,” tambahnya lagi.

Melalui bengkel ini juga, pihak penganjur menyasarkan pembangunan kurikulum baharu yang lebih lengkap, bersepadu dan praktikal dengan realiti semasa sekolah. Penglibatan aktif Guru Penolong Kanan dan kepimpinan akademik membantu membentuk cadangan yang lebih realistik serta mudah dilaksanakan di peringkat operasi sekolah.

Inisiatif Bengkel RK26 ini mencerminkan komitmen berterusan Musleh ke arah penambahbaikan kualiti pendidikan secara sistematik. Usaha kolektif ini diharap dapat memperkukuh keberkesanan pelaksanaan kurikulum serta menyokong kemenjadian murid secara holistik.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis