Datin Wan Norsiah, Pengetua SMA Riyadatul A’mal Raih Pengiktirafan Kepimpinan Sekolah Swasta

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala Lumpur, Datin Wan Norsiah Wan Abdullah, atas penerimaan Anugerah Khas Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori Kepimpinan Sekolah Swasta (Tempat Pertama).

Pengiktirafan tersebut disampaikan sempena Wacana Inspirasi Pendidikan 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 September lalu di Pusat Konvensyen HGH, di sini.

Kira-kira seramai 91 warga pendidik diraikan menerusi 35 kategori anugerah, meliputi pelbagai aspek, termasuk aspek kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta pembangunan murid.

Sementara itu, majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, Datuk Haji Azman Bidin, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tuan Haji Omar Salleh, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan WPKL, Tuan Megat Affandi Datuk Wira Haji Ismail serta pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah dalam ucapannya menegaskan bahawa kejayaan warga pendidik dalam mengangkat martabat serta mencorakkan masa depan murid di Kuala Lumpur wajar diraikan.

Tambahnya lagi, guru memainkan peranan penting dalam memberikan semangat dan dorongan kepada murid, di samping membimbing mereka mengenal dan mengembangkan potensi serta peluang yang dimiliki.

Pada masa sama, perhatian dan usaha tidak boleh terhenti kepada mereka yang telah mendapat peluang pendidikan, sebaliknya perlu terus memastikan akses dan peluang pendidikan yang saksama diberikan kepada semua, termasuk mereka yang berada di kawasan pedalaman dan kurang mendapat peluang pendidikan.

Seiring dengan penekanan tersebut, kepimpinan sekolah turut menjadi salah satu elemen penting dalam memastikan sesebuah institusi pendidikan dapat bergerak dengan teratur dan lestari.

Peranan pemimpin sekolah bukan sahaja berkaitan pengurusan institusi, malah melibatkan usaha menyokong warga pendidik, membina persekitaran pembelajaran yang baik serta memastikan pembangunan murid terus diberi perhatian.

Sehubungan itu, pengiktirafan kepada Datin Wan Norsiah dalam kategori Kepimpinan Sekolah Swasta juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk memberi perhatian kepada peranan pemimpin sekolah dalam mendukung kelangsungan dan kualiti pendidikan di institusi swasta.

Menerima pengiktirafan tersebut dengan kesyukuran dan rendah hati, Datin Wan Norsiah menyifatkan anugerah yang diterima turut menjadi penghargaan kepada seluruh warga sekolah yang bersama-sama melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam mendukung perjalanan sekolah.

Bagi pihak MIEB, pengiktirafan salah sebuah sekolah menengah rangkaian Musleh ini menjadi satu detik yang bermakna dalam ekosistem pendidikan Musleh.

Ia bukan sahaja meraikan pencapaian seorang pemimpin sekolah, malah mengangkat sumbangan warga pendidik yang terus memainkan peranan dalam menggerakkan institusi pendidikan dan membangunkan generasi masa hadapan.

Semoga pengiktirafan ini terus menyemarakkan semangat untuk memperkukuh kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan yang berkualiti.

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan