Delegasi Jabatan Pendidikan Islam Brunei Teliti Model Pendidikan Musleh dalam Lawatan Kerja ke Malaysia

SERI KEMBANGAN — Delegasi Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam telah mengadakan lawatan kerja dan muzakarah pengurusan hari ini ke Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) sebagai sebuah agensi pendidikan IKRAM Malaysia bagi meninjau serta memahami pelaksanaan sistem pendidikan Islam bersepadu yang dibangunkan di bawah rangka kerja MUSLEH di sini.

Delegasi seramai tujuh pegawai kanan itu diketuai oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Hajah Mariana Haji Jamil. Lawatan strategik ini bertujuan menjalin kerjasama dua hala serta mendapatkan pendedahan menyeluruh berkenaan aspek pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan inovasi pendidikan Islam yang dilaksanakan oleh rangkaian Institusi Pendidikan IKRAM.

Ketibaan delegasi disambut oleh Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor bersama barisan kepimpinan MUSLEH dan Centre of Learning Excellence (CLE) sebelum sesi dimulakan dengan ucapan aluan dan taaruf.

Seterusnya, taklimat korporat mengenai profil organisasi MUSLEH telah disampaikan oleh Pengurus Besar IEDBES, Haji Mohd Tarmizi Munir, diikuti pembentangan sistem pendidikan MUSLEH oleh Pengurus Besar CLE, Dr. Kamaliah Noordin.

Sesi tersebut memberi pendedahan terperinci mengenai model pendidikan bersepadu yang menekankan pembangunan insan rabbani, keseimbangan akademik dan sahsiah, serta pendekatan pentaksiran holistik.

Delegasi turut terlibat dalam sesi soal jawab dan perbincangan potensi kerjasama strategik bagi memperkukuh jaringan pendidikan Islam di peringkat serantau.

Lawatan kerja berkenaan berlangsung di Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia sebelum disusuli dengan lawatan ke Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi.

Turut hadir, barisan pengurusan kanan CLE yang merangkumi sektor kurikulum, pentaksiran dan tarbiah.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam