Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026: Pengetua SMIH JB Terpilih Sertai Program GIFT di UK

SEPANG – Puan Seri Juli Emas Wati Adnan, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru (SMIH JB), telah terpilih menyertai Program Global Immersion For Future-Ready Teachers (GIFT) ke United Kingdom yang berlangsung bermula 22 Februari hingga 1 Mac 2026 ini.

Beliau yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira jam 1.25 pagi semalam menyertai program tersebut atas kapasiti sebagai penerima pengiktirafan Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2026 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau dijangka akan membawa pulang pengetahuan dan pengalaman yang bernilai, seterusnya memberi impak positif kepada sekolah-sekolah di bawah Pusat Pendidikan Hidayah (PPH), yang juga merupakan antara sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH).

Dalam perkembangan berkaitan, program GIFT memberi peluang kepada guru-guru cemerlang terpilih untuk menimba ilmu dan pengalaman di sekolah-sekolah antarabangsa di United Kingdom secara percuma, dengan kos penyertaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM.

Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran profesional guru melalui pendedahan antarabangsa, khususnya dalam konteks amalan pendidikan dan pengurusan sekolah.

Selain itu, program ini merupakan salah satu inisiatif KPM dalam usaha memperkasa guru serta memperluas perspektif pendidikan di peringkat global.

Sehubungan itu, PPH dalam kenyataannya mendoakan agar permusafiran beliau dipermudahkan serta dipenuhi keberkatan, khususnya dalam usaha menimba ilmu dan memperkukuh jaringan pendidikan global demi manfaat Sekolah Islam Hidayah di bawah PPH, selain seluruh rangkaian MUSLEH dan pihak KPM secara amnya.

Pihak MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Seri Juli Emas Wati serta warga pimpinan dan pengurusan SMIH JB atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan ini terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan dalam usaha melahirkan generasi rabbani.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai