I’dad Murabbi 2026: Perkukuh Strategi Pentarbiahan Murid Tingkatan 5

BANGI – Sektor Tarbiah, Centre of Learning Excellence (CLE) MUSLEH terus memperkasa agenda pembangunan insan menerusi penganjuran Program I’dad Murabbi MUSLEH 2026 yang berlangsung pada 26 hingga 27 Februari 2026 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Bandar Baru Bangi.

Program ini menghimpunkan seramai 52 orang guru dari sekolah-sekolah menengah rangkaian MUSLEH seluruh negara yang membimbing murid Tingkatan 5 di sekolah-sekolah menengah rangkaian MUSLEH dalam rangka menyelaras kefahaman, memperkukuh pelan tindakan serta memperkemas proses penilaian kemenjadian murid di peringkat akhir persekolahan menengah.

Menurut Ketua Sektor Tarbiah CLE, Dayang Norhayani Amir, inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik memperkukuh sistem tarbiah Institusi Pendidikan IKRAM (IPI), khususnya dalam memastikan murid mencapai standard pembinaan diri yang dihasratkan.

Memahami Kemenjadian Murid Secara Menyeluruh

Program dua hari ini menumpukan kepada pembangunan murid secara holistik termasuk aspek kognitif, afektif dan psikomotor, selain menyelaras pelan tindakan dan memperkemas proses penilaian kemenjadian murid di tahun akhir persekolahan menengah.

Selain itu, pendekatan ini adalah bagi memastikan pembangunan murid tidak terhad kepada pencapaian akademik, tetapi turut melibatkan kematangan sahsiah dan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai generasi pewaris dakwah.

Hari Pertama: Menyusun Kerangka Besar Tarbiah

Slot pembukaan memberi tumpuan kepada gambaran menyeluruh peranan tarbiah di IPI, diikuti pembentangan berkaitan hasrat dan pencapaian semasa sebelum memperincikan ciri-ciri murid yang memenuhi standard pembinaan akhir Tingkatan 5, termasuk syarat dan indikator penilaian yang diguna pakai.

Sesi bengkel pula membuka ruang muhasabah terhadap peranan murabbi sebagai penggerak utama proses pentarbiahan. Perkongsian pengalaman antara sekolah membuka ruang kolaborasi dan perkongsian amalan terbaik (best practices) bagi memastikan pelaksanaan tarbiah lebih tersusun dan berimpak tinggi supaya pelan tindakan dapat dirangka berdasarkan realiti sekolah masing-masing.

Sementara itu, sesi kerohanian pada sebelah malam pula memperkukuh dimensi ruhiyah, mengingatkan bahawa keberkesanan tarbiah bergantung kepada keikhlasan dan kekuatan hubungan dengan Allah SWT.

Hari Kedua: Kolaborasi dan Penilaian Berstruktur

Hari kedua memberi fokus kepada kolaborasi strategik antara guru, pentadbir sekolah, ibu bapa serta IKRAM kawasan sebagai sistem sokongan menyeluruh.

Slot penilaian pula memperincikan proses pemeringkatan murid secara berterusan. Penilaian ini bersifat sistematik dan berpandukan dokumen rasmi, bagi memastikan perkembangan murid dipantau secara konsisten dan objektif.

Program diakhiri dengan penetapan sasaran pencapaian setiap sekolah serta resolusi bersama sebagai komitmen memperkukuh pengurusan tarbiah di peringkat lapangan.

Memperkasa Murabbi, Memastikan Kelestarian Tarbiah

Penganjuran I’dad Murabbi MUSLEH 2026 membuktikan komitmen Sektor Tarbiah dalam:

  • Melahirkan barisan guru murabbi yang kompeten dan berstrategi
  • Menyeragamkan sistem penilaian kemenjadian murid
  • Memperkukuh kolaborasi nasional rangkaian sekolah Musleh
  • Memastikan kelangsungan dan kemapanan pengurusan tarbiah

Dengan penyertaan aktif murabbi daripada pelbagai Institusi Pendidikan IKRAM, program ini menjadi platform penting penyelarasan nasional demi memastikan kelangsungan dan kemapanan pengurusan tarbiah di sekolah masing-masing.

Usaha berterusan ini diharapkan mampu melahirkan generasi murid yang seimbang, berprinsip dan berupaya menyumbang kepada masyarakat serta ummah.

Jazakumullahu khairan kepada semua pihak yang menjayakan I’dad Murabbi MUSLEH 2026.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai