Keputusan SPPIM (SMI) 2025 Catat Variasi Prestasi, Kecemerlangan Pelajar Terus Diperkukuh

SERI KEMBANGAN – Keputusan Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) bagi Sekolah Menengah Islam (SMI) tahun 2025 melibatkan seramai 272 calon daripada enam buah sekolah menengah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) telah diumumkan secara rasmi hari ini.

“Secara keseluruhan, analisis keputusan SPPIM (SMI) 2025 menunjukkan dinamika prestasi yang dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasuk variasi kohort pelajar, taburan pencapaian serta komponen pentaksiran berterusan yang menyumbang secara signifikan dalam penilaian akhir,” ujar Rohida Jamaludin, Ketua Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kurikulum dan Pentaksiran, Centre of Learning Excellence, MUSLEH.

Dalam analisis prestasi mengikut sekolah, SMI Hidayah Johor muncul sebagai antara institusi yang mencatat pencapaian keseluruhan terbaik dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.5, melibatkan seramai 153 calon.

Selain itu, Sekolah Menengah Agama Riyadatul A’mal turut menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dengan GPS 1.4 walaupun melibatkan kohort yang lebih kecil iaitu seramai enam calon manakala 4 sekolah lain mencatatkan GPS antara 2.3 hingga 3.7 yang turut menyumbang kepada landskap prestasi keseluruhan.

Sementara itu, dari sudut pencapaian mengikut mata pelajaran, Sekolah Menengah Agama Riyadatul A’mal menonjol sebagai sekolah terbaik bagi majoriti subjek teras termasuk Akidah (GPMP 1.7), Al-Quran (1.0), Al-Quran Hafazan (1.0), Fekah (1.5), Hadis (1.5), Sirah (1.5) dan Tafsir (1.5).

Manakala SMI Hidayah Johor pula mencatat pencapaian terbaik dalam beberapa komponen penting seperti Kerja Kursus Bersepadu (GPMP 1.1), Kemahiran Sosial (1.0) dan Akhlak (1.0), selain turut menunjukkan prestasi yang kompetitif dalam subjek lain.

Bagi subjek Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh pula, SMI Al-Amin Kemaman dan SMI Hidayah Johor Bahru merekodkan pencapaian terbaik dengan GPMP 1.1.

Dari perspektif kecemerlangan individu, Sekolah Menengah Agama Riyadatul A’mal mencatat peratus tertinggi murid memperoleh 6A dan ke atas iaitu sebanyak 66.67 peratus, diikuti oleh SMI Hidayah Johor dengan 50.98 peratus bersamaan 78 daripada 153 calon.

Secara keseluruhan, seramai 90 daripada 272 calon berjaya memperoleh keputusan 6A dan ke atas, mewakili lebih 33 peratus daripada jumlah keseluruhan calon SPPIM (SMI) 2025.

Rohida turut menjelaskan berdasarkan analisis keseluruhan yang sama, terdapat juga pandangan yang melihat pencapaian tahun ini sedikit berubah berbanding tahun sebelumnya, khususnya dari sudut indikator agregat seperti GPS.

Dari sudut data, variasi ini merupakan fenomena biasa dalam pentaksiran berskala besar dan tidak semestinya menggambarkan kemerosotan menyeluruh, sebaliknya mencerminkan perubahan dalam komposisi kohort serta dinamik prestasi semasa, tambahnya lagi.

Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pengetua, guru-guru serta pelajar atas usaha dan pencapaian yang ditunjukkan dalam SPPIM (SMI) 2025.

Sumber foto: Arkib SMI Al-Amin Kemaman

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod