SRI Al-Amin Kuala Terengganu Raih Tiga Anugerah Berprestij ECIPIT YDSM 2025

KUALA TERENGGANU – Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kuala Terengganu, salah sebuah sekolah di bawah rangkaian MUSLEH, melakar pencapaian cemerlang apabila berjaya merangkul tiga anugerah utama dalam Pertandingan Anugerah Ekoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu (ECIPIT) Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) 2025, yang julung kali dianjurkan pada Selasa, 27 Januari lalu.

Dalam pertandingan berprestij tersebut, SRI Al-Amin Kuala Terengganu telah dinobatkan sebagai:

  • Johan Anugerah Ekoceria (Keceriaan) Kategori Sekolah Agama Rakyat 2025
  • Johan Anugerah Ekoceria (Kesihatan & Kebersihan) Kategori Sekolah Agama Rakyat 2025
  • Naib Johan Anugerah Ekoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2025

Majlis Pengurniaan Hadiah telah berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, dan disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman.

Menurut wakil pengurusan SRI Al-Amin Kuala Terengganu, kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan seluruh warga sekolah dalam membudayakan amalan persekitaran yang ceria, sihat dan bersih sebagai sebahagian daripada proses tarbiah murid.

Pencapaian ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada warga sekolah untuk terus mengekalkan kecemerlangan serta menjadi contoh kepada institusi pendidikan Islam lain, khususnya dalam aspek pengurusan persekitaran sekolah yang seimbang antara nilai, kesihatan dan keceriaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SRI Al-Amin Kuala Terengganu atas pengiktirafan berprestij ini. Sekolah membawa pulang piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai bagi ketiga-tiga anugerah yang dimenangi.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam