KITAB – MUSLEH Tandatangani MoU: Pelajar Berpeluang Terima Biasiswa dan Sambung Ijazah Luar Negara

SEBERANG JAYA — Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) dimeterai dalam satu majlis rasmi di sini, semalam, 5 Februari.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Rektor KITAB, Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi Mohamed Fisol dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MUSLEH, Dr. Omar Yaakob sebagai tanda komitmen bersama dalam memperluas kerjasama strategik bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Menurut Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, melalui kerjasama ini, para pelajar khususnya anak Pulau Pinang berpeluang menerima biasiswa berdasarkan kriteria yang ditetapkan sepanjang pengajian di KITAB.

“Mereka juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi di Timur Tengah dan Eropah. Bagi pelajar dari luar Pulau Pinang, peluang menyambung pengajian di KITAB turut terbuka melalui tajaan biasiswa kerajaan negeri masing-masing, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.,” katanya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengajian, pelajar akan mengikuti program akademik dan kokurikulum tarbawi yang menekankan pembinaan sahsiah serta jati diri Insan Rabbani secara menyeluruh.

Dalam perkembangan sama, majlis yang berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya itu urut dihadiri oleh tiga alumni Pusat Pendidikan Al-Islah Sungai Petani (dahulu dikenali sebagai Al-Islah Tikam Batu) iaitu Dr. Mohammad, Dr. Diana dan Saudara M. Safwan; yang menjadi bukti keberhasilan Institusi Pendidikan IKRAM dalam melahirkan generasi yang kembali berbakti kepada ummah melalui wasilah pendidikan.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble