MIEB Perkukuh Jaringan Antarabangsa melalui Kolaborasi Strategik Bersama Yunus Emre Institute

AMPANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) mengorak langkah memperkukuh jaringan antarabangsa apabila menjalin kolaborasi strategik bersama Yunus Emre Institute (YEI), Turkish Cultural Center di bawah Kedutaan Republik Türkiye di sini.

Pertemuan yang berlangsung semalam membuka ruang kerjasama dalam mempromosikan pertukaran budaya, pendidikan dan pembangunan pelajar antara Malaysia dan Türkiye.

Antara yang hadir, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Mohd Hafiz Abd Hamid diiringi Pengurus Besar MIEB, Dr. Shahrinizam Mohd Amin. Delegasi Yunus Emre Institute pula diketuai oleh Pengarahnya, Dr. Ömer Altun.

Kolaborasi tersebut disasarkan ke arah pelaksanaan program seperti pengajaran bahasa Turki, aktiviti budaya, pertukaran pelajar dan pendidik serta penganjuran projek bersama yang berteraskan pembangunan nilai sejagat dan persefahaman antara budaya.

Menurut Dr. Shahrinizam, hubungan strategik ini merupakan antara usaha penting dalam memperluas dimensi pendidikan Islam bersepadu yang dibawa MIEB.

“Kerjasama ini bukan hanya memberi peluang kepada perkongsian ilmu dan budaya, tetapi turut menanam semangat keterbukaan global dalam kalangan pelajar dan pendidik kita. Ia membantu membentuk keupayaan untuk berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa tanpa mengabaikan jati diri serta nilai Islam,” jelas beliau.

Sementara itu, Dr. Ömer Altun menyatakan komitmen Yunus Emre Institute untuk menyokong kerjasama melalui kepakaran mereka dalam bidang pengajaran bahasa Turki dan diplomasi budaya.

Dengan jalinan ini, MIEB terus komited melahirkan generasi pelajar berakhlak, berdaya saing dan mampu berperanan sebagai warga global yang memahami kepelbagaian budaya serta menghormati nilai kemanusiaan sejagat.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus