MIEB Mantapkan Kompetensi Pengetua dan Guru Besar Selaras Visi Pendidikan

BANGI – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kompetensi Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah rangkaian bagi memperkukuh keupayaan barisan kepimpinan sekolah dalam mengemudi operasi pendidikan secara berkesan dan strategik pada 11 hingga 12 November lalu di sini.

Program dua hari berkenaan telah diadakan di Bilik Seminar Abasiyah, Al-Amin Bangi dan dihadiri kira-kira 38 peserta yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar serta Guru Penolong Kanan dari seluruh rangkaian sekolah Musleh.

Turut memberikan sokongan penuh ialah Ketua Sektor Latihan, Centre of Learning Excellence MIEB, Dr. Azma Mahmood, bersama ahli jawatankuasanya, Dr. Zaleha Daud dan Datin Norma Mohamad.

Kehadiran mereka sepanjang program mencerminkan komitmen Sektor Latihan dalam memastikan pelaksanaan kursus dan menepati standard latihan MIEB.

Selain itu, program ini turut dijayakan dengan kerjasama IDEAL Berhad sebagai penyedia latihan rasmi.

Melalui kerjasama tersebut, modul kursus disusun secara profesional, komprehensif dan relevan dengan keperluan kepimpinan pendidikan masa kini.

Menurut Dr. Azma, dari sudut kandungan, kursus ini memfokuskan empat komponen utama iaitu pembinaan visi yang dikongsi, komunikasi berkesan, pembangunan potensi warga sekolah dan pembinaan sinergi dalam pasukan.

“Penganjuran kursus ini menekankan peranan besar kepimpinan sekolah sebagai tulang belakang pentadbiran harian, penjaga kualiti operasi serta pelaksana visi pendidikan Musleh. Selaras tanggungjawab tersebut, para pemimpin sekolah perlu memiliki kompetensi menyeluruh yang merangkumi kemahiran kepimpinan strategik, komunikasi berkesan serta keupayaan mengurus dan membina potensi warga sekolah,” katanya.

Seterusnya, sesi latihan telah dikendalikan oleh dua fasilitator berpengalaman, iaitu Tuan Haji Suhaimi Mohd Daud dan Dr. Zaharudin Othman.

Mereka berkongsi pendekatan kepimpinan berasaskan nilai, teknik komunikasi profesional serta strategi membina pasukan kerja yang lebih harmoni dan produktif.

Di samping itu, pendekatan latihan yang interaktif memberi peluang kepada peserta menilai semula gaya kepimpinan masing-masing dan menambah baik kemahiran yang diperlukan dalam konteks pendidikan semasa.

Secara tidak langsung, kursus ini menegaskan keyakinan MIEB bahawa kepimpinan yang berkualiti merupakan asas kepada keberkesanan operasi sekolah dan kejayaan pelaksanaan visi pendidikan Musleh.

Akhir sekali, program ditutup dengan sesi refleksi di mana peserta menyatakan komitmen untuk menerapkan ilmu yang diperoleh dalam amalan kepimpinan harian.

Melalui inisiatif seumpama ini, MIEB terus komited memperkukuh ekosistem pendidikan secara holistik, mampan dan berdaya saing.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod