Kem Khalifah Muda 2.0 Asah Kepimpinan Rahmah Pelapis Muda

SHAH ALAM – Dengan semangat membina generasi pemimpin berjiwa rahmah, Kem Khalifah Muda 2.0 anjuran Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid, Centre of Learning Excellence (CLE) yang berlangsung sejak 16 April lalu, melabuhkan tirainya di Kem Bumi Jati, di sini hari ini.

Program selama tiga hari itu, yang meneruskan aspirasi membentuk kepimpinan rahmah dalam kalangan murid sejak Kem Khalifah Muda 2023 diadakan, telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Dr. Shahrinizam Mohd Amin.

Kem ini menghimpunkan pemimpin pengawas sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh dari seluruh negara bagi memberikan peluang kepada para peserta untuk mengasah kemahiran kepimpinan berteraskan nilai integriti dan kasih sayang.

Selain itu, dengan pelbagai modul pembangunan kepimpinan berteras nilai, kem ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang berakhlak dan bertanggungjawab sejak usia dini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Mohd Hafiz Abd Hamid dan Ketua Sektor Sokongan dan Pembangunan Murid CLE, Mohd Iswan Mansor.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus