KESUNAS 2025: Sukan Satukan Sekolah Rangkaian dan Rakan Musleh Seluruh Negara

BEHRANG – Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Menengah Islam (SMI) (KESUNAS) 2025 anjuran Sektor Kokurikulum Musleh telah berlangsung dengan jayanya pada 3 hingga 4 Mei 2025 bertempat di Politeknik Sultan Azlan Shah di sini.

Kejohanan tahunan yang menghimpunkan ratusan atlet muda dari sekolah-sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) termasuk sekolah-sekolah rakan dari seluruh negara ini menyaksikan penyertaan dalam pelbagai acara sukan yang dianjurkan seperti futsal, bola jaring, catur, badminton, ping pong, bola tampar dan memanah.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MIEB, Dr. Shahrinizam Mohd Amin diiringi Ketua Sektor Kokurikulum, Centre of Learning Excellence (CLE), Naufal Jailani pada petang 4 Mei.

KESUNAS 2025 mencerminkan semangat kesukanan tinggi dalam kalangan peserta selain mendapat sokongan padu daripada guru, ibu bapa serta para penyokong. Di samping kejayaan atlet di gelanggang, kejohanan ini turut menjadi medan untuk memperkukuh ukhuwah antara sekolah-sekolah di bawah naungan MIEB.

Kontinjen SRI Al-Irsyad Tanjung Lumpur

Bagi kategori SRI, kejuaraan keseluruhan disandang oleh SRI Al-Irsyad Tanjung Lumpur yang meraih 4 pingat emas, 2 perak dan 1 gangsa. Tempat kedua pula diduduki oleh SRI As-Saidiyyah Seremban dengan 3 pingat emas, manakala tempat ketiga dikongsi oleh SRI Al-Ikram Tasek Gelugor, SRI Al-Amin Kerteh, SRI Al-Amin Kemaman dan SRI Al-Islah Sungai Petani yang masing-masing membawa pulang 2 pingat emas.

Kontinjen SMI Hidayah Johor Bahru

Sementara itu, kategori SMI menyaksikan dominasi SMI Hidayah Johor Bahru selaku juara keseluruhan dengan kutipan 7 pingat emas, 6 perak dan 7 gangsa. Tempat kedua menjadi milik SMI Al-Amin Gombak yang memperoleh 7 emas, 3 perak dan 4 gangsa, manakala SMI Al-Amin Bangi menduduki tempat ketiga dengan 6 emas, 4 perak dan 1 gangsa.

Kejohanan ini bukan sahaja menyemarakkan budaya kesukanan dalam kalangan pelajar, bahkan mencerminkan komitmen pendidikan Islam dalam melahirkan generasi seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Sektor Kokurikulum Musleh merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan KESUNAS 2025. Diharapkan kejohanan ini akan terus menjadi platform mencungkil bakat, membentuk jati diri serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Kredit gambar: SRI & SMI seluruh negara

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis