Pengumpulan Maklumat Alumni Musleh

Panggilan buat semua alumni sekolah-sekolah Musleh. Jika anda pernah bersekolah di sekolah-sekolah rangkaian Musleh, maka, ya, andalah yang dimaksudkan dengan alumni Musleh.

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) sedang mengumpul data alumni bermula kumpulan pelajar pertama pada tahun 1982 sehingga kini. Pembangunan pangkalan data alumni Musleh Integrated Education Berhad ini bertujuan untuk mengumpul, menyimpan, dan mengemas kini maklumat alumni secara sistematik.

Ia memudahkan pihak Musleh mempromosikan kerjasama antara alumni dan sekolah-sekolah rangkaian, serta menyediakan peluang seperti mentoring, pelatihan dan pekerjaan. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan hubungan antara alumni dan sekolah-sekolah, serta menyokong pembangunan Institusi Pendidikan IKRAM.

Maklumat yang diisi akan digunakan sebagai pengkalan data yang akan dirujuk oleh MIEB. Data tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran. Dengan itu, MIEB memohon jasa baik para alumni untuk mengisi Google Form di pautan berikut: https://bit.ly/DaftarAlumniMusleh

Jika ada di antara alumni yang membaca artikel ini, MIEB sangat berbesar hati jika anda dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda yang merupakan alumni juga. Semoga Allah memberkati dan merahmati anda walau di mana jua anda berada.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus