Kursus Kejurulatihan Tingkat Kefahaman, Perkasa Potensi 255 Peserta

SITIAWAN – Seramai 224 pelajar dari sekolah rangkaian dan rakan Musleh seluruh negara yang merupakan anggota badan beruniform Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) telah berjaya menamatkan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 dengan majlis penutup yang berlangsung di D’Amir Chalet Kampung Bharu, di sini pada 21 Januari lalu.

Kursus 3 hari 2 malam berkenaan turut melibatkan 22 orang jurulatih pelbagai kemahiran, 8 anggota urus setia dan selebihnya, para sukarelawan.

Menurut Sekretariat Pusat KRS Musleh, Kapten KRSM Aniza Mamat, objektif utama penganjuran kursus tersebut ialah untuk memantapkan kemahiran para peserta sekaligus meningkatkan kefahaman mereka mengenai sukatan pembelajaran KRSM.

Selain itu, penganjuran kursus pada awal tahun 2025 diharapkan agar dapat menghadirkan semangat dan motivasi dalam diri para peserta ke arah kecemerlangan dalam segenap aspek kemahiran dan pendidikan.

Para peserta Kursus Kejurulatihan Tahap 1 (sumber: KRSMedia)

Antara pelatihan kemahiran kandungan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 yang dilaksanakan termasuklah Modul Kejurulatihan Kawad, Basic Self Defense (BaSeD), Memanah Tradisional (MeTra), Ilmu Perkhemahan dan Tali-temali serta Orienteering dan Bantu Mula.

Sementara itu, aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kursus ini adalah berdasarkan sesi teori, sesi amali atau praktikal dan latihan simulasi.

Turut hadir dalam majlis perasmian penutup Pengerusi KRS Musleh, Left. Kol. KRS Abd Rahaim Md Isa.

“Semua peserta berjaya menjalani kursus dengan baik dan diharapkan agar mendapat input baru untuk diaplikasikan dalam pembelajaran harian dan masa depan,” ujar Kapten KRSM Aniza mengakhiri catatannya.

Sumber: krsmusleh.com

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis