Kursus Pedagogi Bahasa Arab Bagi Sekolah Rendah

SERI KEMBANGAN – Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kurikulum, Centre of Learning Excellence (CLE), dengan kerjasama Al-Ameen Serve Holdings telah mengadakan Kursus Pedagogi Bahasa Arab yang melibatkan buku teks Bahasa Arab At-Taisir bagi kegunaan sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh yang berlangsung bermula hari ini sebelum dijadualkan berakhir esok di sini.

Tujuan utama kursus tersebut diadakan ialah untuk menguasai pendekatan mengajar bahasa kedua secara ringkas dan pendekatan komunikatif secara terperinci selain memahami manhaj dan kurikulum Bahasa Arab Sekolah Rendah Islam rangkaian Musleh.

Seramai 45 orang peserta yang yang hadir terdiri daripada Guru Bahasa Arab dan Ketua Panitia subjek tersebut daripada sekolah-sekolah rendah rangkaian Musleh seluruh negara.

Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan kaedah membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan taqwim sekolah masing-masing, pemahaman terhadap teknik PdPc buku teks, membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan melaksanakan micro teaching.

Sebahagian sesi kursus telah dikendalikan oleh Dr. Ahmad Uthman Al-Wafi, salah seorang penghasil kandungan buku teks berkenaan manakala sebahagiannya lagi, khususnya yang menjurus kepada aspek pedagogi, telah disampaikan oleh Ustazah Mahani Mokhtar.

Turut hadir, Eksekutif Kurikulum dan Pentaksiran, Centre of Learning Excellence, Rohida Jamaludin.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus