MIEB, GaPIM dan UIAM Sepakat Tingkatkan Kualiti Pendidikan Islam

GOMBAK, 14 Jan – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pihak-pihak dalam bidang pentaksiran untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Islam.

Dalam majlis yang berlangsung tengah hari tadi, sesi tandatangan MoU telah disempurnakan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Prof. Dr. Omar Yaakob dan Presiden GaPIM, Dr. Khodori Ahmad.

Datuk Dr. Osman Bakar yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pentaksiran Pendidikan Islam (MPPI) dalam kenyataannya berkata, acara ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh usaha kerjasama pihak-pihak untuk meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan memupuk kemajuan yang bermakna dalam inisiatif akademik dan berorientasikan komuniti.

MoU berkenaan antara lainnya menyatakan persetujuan kerjasama ketiga-tiga pihak dalam bidang amalan pentaksiran pendidikan Islam, bidang latihan dan pensijilan profesional kepada guru serta komitmen terhadap pendidikan berkualiti dan pentaksiran standard kepada pelajar.

Turut hadir, Dekan Kuliah Pendidikan UIAM, Assoc. Prof. Dr. Suhailah Hussein, Setiausaha Agung GaPIM, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Ketua Sektor Penyelidikan dan Pembangunan MIEB, Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali.

Dalam perkembangan berkaitan, MPPI merupakan satu badan yang menawarkan siri Latihan dan pentauliahan kepada pihak sekolah dan institusi pendidikan Islam dalam menyediakan pentaksiran, kurikulum dan pengajaran berkualiti tinggi yang bersifat holistik dan bersepadu.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis