Reunion Al-Amin Kumpul Hampir 100 Alumni

GOMBAK – Buat julung-julung kalinya, Majlis Tautan Ukhuwah (MTU) berkonsep ‘high-tea reunion’ telah diadakan bagi mengumpulkan alumni yang pernah mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Keramat, SRI Al-Amin Gombak, dan Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Gombak pada Disember lalu, di sini.

Majlis perjumpaan semula (reunion) itu pada awalnya dicadangkan untuk diadakan oleh beberapa orang alumni Generasi ke-10 (SPM 2004), Generasi ke-12 (SPM 2006) dan Generasi ke-14 (SPM 2008) Al-Amin.

Bercerita tentang majlis indah ini, salah seorang alumni, Dr. Fatimah Muhammad berkata, lebih 100 tetamu hadir dengan 64 daripadanya ialah alumni yang turut hadir membawa ahli keluarga masing-masing ke majlis berkenaan yang berlangsung di dewan alma mater mereka, SMI Al-Amin Gombak.

Berkongsi tentang perjalanan majlis pula, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil pihak SMI Al-Amin Gombak, Tahirah Mohammad Tahir yang juga merupakan alumni Generasi ke-11 (SPM 2005) sebelum majlis disemarakkan lagi dengan perkongsian daripada Al-Fadhil Ustaz Dr. Kamilin Jamilin selaku alumni bagi Generasi ke-7 (SPM 2001).

Dalam perkembangan sama, alumni merentas tahun yang hadir turut berkenalan dalam suasana santai sebelum turut diadakan mesyuarat ringkas bagi memacu penubuhan dan pembentukan Jawatankuasa Penaja bagi Pertubuhan Alumni Al-Amin yang dirancang untuk didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Besar harapan kesemua warga Al-Amin agar pertubuhan alumni ini bakal memperkukuh lagi ukhuwah dan jaringan dalam kalangan lebih 35, 000 alumni yang pernah mendapat pendidikan dari Pusat Pendidikan Al-Amin sejak awal operasinya pada tahun 1986, insyaAllah,” ujar Dr. Fatimah mengakhiri perkongsiannya.

Tahniah buat semua alumni atas usaha ini!

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble