Musleh Terima Lawatan Kerja Delegasi dari UMTA, Uganda

SERI KEMBANGAN, 20 Mei – Pengarah Eksekutif Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, hari ini menerima lawatan kerja para delegasi dari Uganda Muslim Teachers’ Association (UMTA) yang diketuai oleh Timbalan Presiden UMTA, Hjt. Nsigo Nankya Masturah, di sini.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam itu, pihak MIEB telah menyampaikan pembentangan yang bertajuk “Education and Islamic Tarbiyah as a Vehicle for the Vibrant Muslim Communities; the Musleh Experience” kepada 16 delegasi yang telah turut serta.

Menurut pihak UMTA, tujuan lawatan kerja berkenaan diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada para delegasi UMTA mengenai kaedah pengajaran moden, pendekatan menyeluruh dalam pembangunan sahsiah murid, penggabungjalinan teknologi ke dalam arahan sekolah dan integrasi ilmu teologi dan ilmu sekular dalam pendidikan.

Dalam perkembangan sama, UMTA turut berhasrat untuk berperanan dalam pembangunan sosio-ekonomi dan politik di negara mereka dan dunia secara umumnya.

Penganjuran lawatan berkenaan dijadualkan berlangsung selama 9 hari di Malaysia bermula 15 Mei lalu dan dijangka tamat pada 23 Mei ini.

Turut hadir, Eksekutif Kurikulum dan Pentaksiran MIEB, Rohida Jamaludin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MIEB, Nadia Ariffin, Pengetua SMI Al-Itqan Pulau Pinang, Mohd Hafiz Abdul Ghani dan Pengetua SMI Al-Ikram Pulau Pinang, Hisyammuddin Mohd.

UMTA merupakan sebuah organisasi induk atau persatuan yang menyatukan kesemua guru-guru Islam di Uganda.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam