Musleh Terima Kunjung Hormat dari KITAB

SERI KEMBANGAN, 14 Mei – Pengarah Eksekutif Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, hari ini menerima kunjungan hormat dari Pengawai Khas Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulau Pinang, Encik Mohammad Asamuddin Hj. Akob di Pejabat Urusan MIEB di sini.

Encik Mohammad Asamuddin turut diiringi oleh Ketua Komunikasi Korporat KITAB merangkap Pegawai Khas TKM1, Pulau Pinang, Encik Muhamad Faris Mohd Fadhil dan Penolong Pendaftar KITAB, Encik Muhammad Hazim Ahmat.

Ustaz Megat Mohamed Amin berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah potensi kerjasama antara pihak MIEB dan kolej berkenaan pada masa akan datang khususnya dalam bidang pengajian yang tertumpu kepada asas-asas pengajian Al-Quran untuk melahirkan Ulul Albab yang berdaya saing dan mahir.

KITAB adalah milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang telah beroperasi sejak 1995 sebagai Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Pulau Pinang.

Hadir sama, Eksekutif Kurikulum dan Pentadbiran MIEB, Puan Rohida Jamaludin. Pertemuan yang berlangsung lebih 2 jam berkenaan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam