Musleh Anjur Perbincangan Meja Bulat Bincang Pendekatan Tauhid Lahir Generasi Rabbani di Sekolah

SERI KEMBANGAN, 2 Mei – Sistem pendidikan untuk umat Islam hendaklah dijiwai dan diresapi dengan ajaran tauhid dari segi teori dan amali.

Manakala, makna kepada ajaran tauhid itu pula perlu difahami dengan betul atau dalam erti kata yang lain, ia merupakan ajaran yang menegaskan keesaan Allah SWT.

Demikian ujar pembentang utama, Profesor Emeritus Dato Dr. Osman Bakar dalam Perbincangan Meja Bulat bertajuk Pendekatan Tauhidik dalam Melahirkan Generasi Rabbani di Sekolah, anjuran Musleh Integrated Education Berhad yang telah berlangsung pada Khamis lalu di sini.

Perbincangan berkenaan yang dihadiri 17 individu berkepentingan seperti pakar pendidikan, ahli akademik dan pemain industri, membincangkan perkara berkaitan kaedah pelaksanaan pendidikan Islam di sekolah menggunakan pendekatan tauhid serta cabaran-cabaran yang dihadapi di peringkat akar umbi.

Dalam perkembangan sama, sesi perbincangan turut menyentuh isu kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda serta punca-puncanya.

“Ilmu tauhid seharusnya tidak diajar oleh guru Pendidikan Islam sahaja, tetapi oleh semua guru. Contohnya guru matematik juga boleh menerapkan nilai yang terkandung dalam ajaran tauhid semasa sesi pembelajaran,” ulas Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Pembangunan Musleh, Dr. Ajmain Safar.

Di hujung perbincangan, beberapa perkara turut dirumuskan bersama sebagai panduan dalam pembentukan pelan tindakan pada masa akan datang, sesuai dengan keperluan bidang pendidikan Islam.

Antaranya termasuklah;

  1. Guru-guru perlu berperanan sebagai murabbi yang ikhlas dalam tugasnya dan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak muridnya melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang mendalam dan bermakna selain sentiasa berusaha mengislah diri,
  2. Pentaksiran murid dilaksanakan secara kreatif dan kritis oleh para pendidik dalam usaha melahirkan insan Rabbani,
  3. Pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa perlu saling bekerjasama dalam usaha mendidik anak-anak,
  4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berfungsi sebagai pelengkap kepada pelbagai aspek melibatkan kegiatan sekolah yang memberi manfaat kepada murid-murid,
  5. Penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum atau bahkan dalam semua mata pelajaran, dan tidak hanya terhad dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sahaja,
  6. Penekanan kepada kemenjadian murid yang fokus terhadap pembangunan akhlak murid,
  7. Pentaksiran murid bersifat menyeluruh, bukan bersifat sumatif berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata dan memberi perhatian kepada pembinaan sahsiah murid.

Antara yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Eksekutif Kurikulum dan Pentaksiran Musleh, Rohida Jamaludin, Ketua Sektor Kokurikulum Musleh, Naufal Jailani, Ketua Sektor Latihan Musleh, Dr. Azma Mahmood, Presiden Gabungan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM), Dr Khodori Ahmad, Naib Presiden 2 Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA), Dr. Muhammad Hafiz Salleh, Prof Dr. Ainol Madziah Zubairi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Prof. Madya Dr. Kaseh A Bakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesi perbincangan meja bulat berkenaan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus

BERITA

KUALA TERENGGANU – Alhamdulillah, Guru Besar Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kerteh, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian MIEB, Puan

BERITA

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH),

BERITA

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima

BERITA

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble