Musleh Terima Kunjungan Delegasi dari Indonesia dan Yaman

SERI KEMBANGAN – Dalam rangka membina hubungan dan berkongsi amalan terbaik pendidikan, Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan delegasi dari Indonesia dan Yaman dalam dua sesi berasingan pada Rabu, 20 Disember di ibu pejabat di sini.

Delegasi dari Yayasan Al-Ibrah Gresik, Jawa Timur, Indonesia itu diketuai oleh Ketua Yayasan, H. Sigit Gunawan, S.T. hadir bersama empat lagi wakil yayasan dan telah tiba kira-kira jam 10 pagi dengan disambut oleh Pengarah Eksekutif MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamad Nor, Eksekutif Kurikulum, Rohida Jamaludin dan Eksekutif Tarbiah, Dayang Norhayani Amir.

Dalam perkembangan sama, delegasi dari Al-Najah Schools, Yaman yang diketuai pemilik sekolah, Dr. Abdullah Ramadan Bajahm, pengasas bersama sekolah, Mumamad Ahmad Bajunyd, Pengurus, Fozi Kramah Bahadi dan wakil guru, Hani Mahfouz Barafed kemudiannya tiba pada kira-kira jam 2 petang hari sama di ibu pejabat.

Kedua-dua pertemuan tersebut, sebagai tanda hubungan akrab yang telah terjalin antara pihak MIEB dan pelbagai institusi pendidikan di luar negara khususnya di rantau Asia Tenggara dan Timur Tengah dalam pelbagai program utama dan berimpak tinggi yang dianjurkan sama ada di dalam atau di luar negara.

Selain itu, kunjungan ini juga memberi peluang kepada pihak-pihak terlibat untuk mempromosikan amalan pendidikan terbaik serta membuka ruang kerjasama dan perbincangan secara langsung menyentuh pelbagai isu pendidikan.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus