SERI KEMBANGAN – “Pengetahuan tentang protokol dan aspek pengurusan majlis mengikut protokol yang betul ialah satu ilmu dan kemahiran yang boleh dipelajari dan harus dimiliki oleh pengurus atau pelaksana dalam sesebuah organisasi atau institusi,” ujar Pengarah Program, Hj. Rosli Ahmad dalam Kursus Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol yang dianjurkan oleh Musleh Integrated Education Berhad bertempat di Dewan Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia, di sini, pada Sabtu, 9 Disember lalu.
Atas sebab itu, kursus berkenaan diadakan untuk menerangkan mengenai sistem dan gerak kerja pengurusan dan penganjuran majlis.
“Para peserta juga dapat bertindak secara lebih profesional dalam tugas mengiring atau menyambut tetamu di dalam majlis-majlis rasmi dan dalam masa sama, menampilkan imej yang lebih berketrampilan dan beretika ketika mengurus majlis rasmi,” katanya lagi.
Sementara itu, seramai 92 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan dan pentadbir dari sekolah-sekolah rangkaian Musleh telah hadir dan turut serta dalam kursus tersebut.
Dalam perkembangan sama, penceramah jemputan, yang juga merupakan Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, Puan Sapinah Zakaria, menggunakan pendekatan interaktif dan ‘experiential’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali.
Selain itu, kursus berkenaan mempunyai tiga slot yang membicarakan tentang majlis rasmi dan jenis-jenisnya termasuk peringkat-peringkat pengurusannya, susunan keutamaan dan etika penampilan sebelum diakhiri dengan bengkel pada sebelah petangnya.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Musleh Integrated Education Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor. Kursus tamat sekitar jam 5 petang.
Musleh Anjur Kursus Pengurusan Majlis Rasmi dan Protokol
Kongsikan...
Baca Seterusnya?
BERITA
PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti
BERITA
KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill
BERITA
SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi
BERITA
JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan
BERITA
KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan
BERITA
CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis
No. Syarikat: 200001010796 (513402-W)
No. TIN: C10620376020
E-mel: [email protected]
No. Tel: +601 6241 0277
Alamat: 6-1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Waktu bekerja:
9.00 pagi - 5.30 petang
Waktu rehat:
12.45 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.30 - 2.30 petang (Jumaat)
