Daurah Kepimpinan: Bina Potensi, Wujud Ruang Interaksi Merentas Sekolah

BATU PAHAT – Dengan tema kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, Daurah Kepimpinan Musleh Tingkatan 3 bertajuk Pemuda Harapan Ummah telah mengumpulkan seramai 165 orang peserta dari sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM Musleh dan telah berlangsung bermula Khamis sebelum berakhir pada Sabtu, 4 November lalu di sini.

Program 3 hari 2 malam yang bertempat di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Batu Pahat ini juga dianjurkan dengan tujuan untuk mewujudkan ruang interaksi antara para pelajar Tingkatan 3 merentas sekolah dan diharapkan dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Dalam perkembangan sama, menurut Pengarah Program, Mohd Afif Mohd Marzlan, seiring hasrat ingin melahirkan pelapis kepimpinan masa hadapan yang berketerampilan, amanah dan berdedikasi, potensi para peserta cuba diasah dan dikembangkan dari semasa ke semasa menerusi program-program seumpama ini untuk membina peribadi yang mantap mindanya, rohani, emosi dan jasadnya.

“Kepimpinan dalam kalangan pelajar merupakan tonggak utama bagi membantu menjayakan visi dan misi sekolah dalam membina generasi rabbani. Pihak penganjur telah menyusun dan menyediakan ruang program bertepatan dengan objektif yang ditetapkan terutamanya elemen ukhuwwah dalam organisasi yang akan menjadi nadi dalam amal mereka di sekolah,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penutup pada Sabtu, Penasihat Kader Du’at Musleh, Dayang Norhayani Amir, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dan Pengetua SMI Hidayah Batu Pahat, Abdul Majeed Zulkipli.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus