DEC4IR2023: Ingin Lahirkan Murid Fasih Digital

SERI KEMBANGAN – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Azhar, Arau, masing-masing diumumkan sebagai juara bagi kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah untuk kluster IKRAM Musleh dalam Pertandingan Drone Edu Challenge IR 4.0 Peringkat Kebangsaan 2023 (DEC4IR2023) yang telah berlangsung sejak Julai lalu sebelum keputusan tersebut diumumkan melalui laman facebook Drone Edu Challenge IR 4.0 pada Ahad, 22 Oktober lalu.


DEC4IR yang menyaksikan penyertaan dari sekolah-sekolah KPM di seluruh Malaysia, sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh serta sekolah-sekolah swasta yang lain merupakan anjuran Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan(BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Turut terlibat menjayakannya, My Digital Maker (MDEC), Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan IKRAM Musleh.

Pertandingan yang telah dilaksanakan secara berperingkat itu merangkumi program pembelajaran dan pertandingan mengenai teknologi dron dan teknologi revolusi ke-4. Melalui pertandingan ini juga, pelbagai aktiviti telah disusun dan dilaksanakan seperti pembelajaran mengenai anatomi dron, penyelesaian masalah menggunakan dron, pengendalian dan juga penerbangan automasi hasil kod yang dibina sendiri.

Selain itu, siri penilaian berbentuk aktiviti kuiz atau tugasan turut diadakan secara bersiri sepanjang pertandingan berlangsung.

Sementara itu, untuk kluster Sekolah Swasta, MRSM Arau Perlis dinobatkan sebagai juara bagi kategori Sekolah Menengah manakala Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI Abu Dzar Al-Ghifari pula menjuarai kategori Sekolah Rendah.

Bagi kluster KPM pula, SK Taman Melati, Kuala Lumpur membolot juara untuk kedua-dua kategori Sekolah Rendah (Tahap 1) dan Sekolah Rendah (Tahap 2) manakala bagi kategori Sekolah Menengah (Atas), Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan memenangi tempat pertama dan SBPI Jempol dari negeri sama muncul juara bagi kategori Sekolah Menengah (Rendah).

Tidak ketinggalan juga, DEC4IR2023 turut menyediakan penyertaan bagi kategori Pendidikan Khas untuk kluster KPM yang telah dimenangi oleh pasukan dari SMK SS17 Subang Jaya, Selangor (kategori Sekolah Menengah) dan SK Taman Daya, Johor (kategori Sekolah Rendah).

Tahniah kepada semua peserta DEC4IR untuk tahun 2023.

DEC4IR ialah program pembelajaran dan pertandingan mengenai teknologi dron dan teknologi revolusi industri ke-4 yang bermatlamat untuk melahirkan murid fasih digital. Program ini telah bermula pada tahun 2020 dan telah memberi manfaat kepada lebih 100,000 peserta.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod