MISTAC 2023 Kumpulkan 733 Peserta Luar dan Dalam Negara

HULU SELANGOR – Seramai 733 orang peserta dari luar dan dalam negara telah turut serta dalam Kejohanan Memanah Tradisional Pelajar Musleh Peringkat Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Musleh International Students Traditional Archery Championship (MISTAC) 2023 kali ke-3 yang berlangsung pada Sabtu, 7 Oktober lalu di sini.

Kejohanan yang berlangsung di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor itu merupakan anjuran bersama Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRS Musleh) dan Persatuan Memanah Tradisional Musleh (METRA) yang telah mendapat kelulusan penganjurannya daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Menurut jurucakap KRS Musleh, Leftenan Muda KRSM Mohammad Athif, untuk tahun ini, sebanyak lapan kategori telah dipertandingkan termasuklah, kategori Sekolah Rendah Bawah 12 (Lelaki dan Perempuan), Sekolah Menengah Bawah 15 (Lelaki dan Perempuan), Sekolah Menengah Bawah 18 (Lelaki dan Perempuan) dan dan kategori Terbuka Guru (Lelaki dan Perempuan).

Sementara itu, majlis penutupan MISTAC 2023 telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan mewakili Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berbahagia Sabran Abd. Bahar.

Sumber: https://www.facebook.com/musleharchery

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam