Nadwah Kepimpinan: Ukhuwah Jadi Teras, Bina Kesedaran Memimpin

KUALA SELANGOR – “Kesedaran merupakan salah satu elemen terpenting dalam menerima sebarang bentuk tanggungjawab khususnya yang melibatkan tanggungjawab memimpin agar kita sentiasa berada dalam “present moment”, tidak mengelamun serta teliti dalam membuat perancangan.”

Demikian ujar Penasihat Program Nadwah Kepimpinan Musleh 2023, Dayang Norhayani Amir, yang telah berlangsung sejak Jumaat hingga Ahad lalu di Sekolah Menengah Islam Hira’ selaku tuan rumah pada tahun ini, di sini.

Beliau yang turut hadir sebagai wakil perasmi, Pengarah Eksekutif Musleh Integrated Education Berhad, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor turut berkata, seorang pemimpin perlu memiliki kefahaman yang betul, motivasi dan penyegaran supaya mendapat momentum untuk bekerja dan beraksi di lapangan dengan sebaiknya melalui jawatan yang diamanahkan ke atasnya.

Dengan tema “Al-Qiyadah Al-Wa’iyah”, program tersebut telah mengumpulkan seramai 153 pelajar Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah menengah Musleh Integrated Education Berhad di seluruh negara yang terdiri daripada pelajar yang berjawatan utama dalam badan pengawas, unit pakaian seragam, serta badan dakwah dan tarbiyah sekolah.

Di samping itu, program tersebut turut memberi fokus terhadap elemen ukhuwah dalam organisasi kepimpinan yang menjadi teras dalam menggerakkan tugas dakwah dan tarbiyah di sekolah.

“Sinergi yang terbina dalam semua badan-badan kepimpinan diharapkan dapat melahirkan impak yang besar buat warga sekolah kerana semuanya berjalan seiring, dengan kefahaman, tindakan, koordinasi dan kerjasama yang jitu,” ujar Pengarah Program Nadwah Kepimpinan Musleh 2023, Nurqashnira Mohd Khairi.

Tambahnya lagi, seorang pemimpin juga perlu memiliki qudwah hasanah dan mampu membina nilai-nilai yang baik dalam kalangan orang yang dipimpinnya.

“Para peserta diharapkan dapat menimba pengalaman dan mempelajari beberapa teknik dalam mengendalikan pelbagai situasi atau permasalahan sebagai bekal dalam mengemudi kepimpinan masing-masing di sekolah agar ia selari dan sejajar dengan ajaran Islam,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, program Nadwah Kepemimpinan Musleh ini merupakan salah satu program pelatihan kepimpinan bagi para pelajar sekolah-sekolah menengah dalam usaha menyediakan barisan pelapis pemimpin pelajar di sekolah yang berketerampilan, amanah dan berdedikasi. Potensi yang ada dalam diri peserta akan dikembangkan sama ada daripada sudut minda, rohani, emosi dan fizikal.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai