2011 Calon Duduki SPPIM (SRI) 2023 Bermula Hari Ini

SERI KEMBANGAN – Seramai 2011 calon menduduki peperiksaan bertulis Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) 2023 bagi Sekolah Rendah Islam yang membabitkan 34 buah pusat peperiksaan seluruh negara, bermula hari ini dan dijadualkan tamat pada 5 Oktober ini.


Menurut Ketua Sektor Pentaksiran, Bahagian Pembangunan dan Perkembangan Pendidikan, Musleh Integrated Education Berhad, Zunaidah Yacob, suasana hari pertama SPPIM hari ini berjalan lancar di semua pusat peperiksaan.


Tambahnya lagi, SPPIM yang dijalankan secara pentaksiran berasaskan sekolah sepenuhnya itu diletakkan di bawah tanggungjawab dan pengawasan daripada pihak pengurusan sekolah dengan diketuai oleh Guru Besar.


Sementara itu, seramai 142 orang petugas peperiksaan telah dilantik oleh semua sekolah yang terlibat bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.

Hari pertama peperiksaan SPPIM 2023 bagi Sekolah Rendah Islam Musleh Integrated Education Berhad di seluruh negara dimulakan dengan peperiksaan subjek Akidah pada pukul 8 pagi manakala kertas kedua pada hari ini ialah subjek Fekah.


SPPIM merupakan salah satu daripada kaedah pentaksiran yang dijalankan ke atas murid-murid dalam membuat penilaian kepada kemenjadian murid secara holistik. Selain peperiksaan bertulis yang mewakili 40 peratus daripada markah keseluruhan, pentaksiran secara berterusan melalui pelbagai kerja kursus, projek, latihan amali, ujian lisan, ujian hafazan dan pentaksiran konstruk pelajar IKRAM Musleh turut dilaksanakan sepanjang tahun.

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis