Muzakarah Institusi Pendidikan IKRAM 2.0

Seri Kembangan – Seramai 81 wakil dari seluruh negara yang terdiri daripada Jawatankuasa Pendidikan Pusat, Jawatankuasa Pendidikan Negeri serta Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengurusan Sekolah hadir dalam Muzakarah Institusi Pendidikan IKRAM (IPI) 2.0 yang telah berlangsung secara bersemuka dan secara dalam talian pada Sabtu.

Tujuan utama muzakarah ini diadakan ialah untuk mendapatkan persetujuan bagi cadangan-cadangan pindaan kepada Dasar Kawal Selia IPI 2011.

Muzakarah ini memberi fokus kepada pindaan utama perkara 6 dan perkara 7 dalam Dasar Kawal Selia iaitu Peranan Jawatankuasa Pendidikan dan Dasar Utama Pengendalian dan Pemantauan IPI.

Umumnya, perbincangan yang telah mengambil masa lebih empat jam tersebut, akhirnya mencapai persetujuan ke atas Pindaan Dasar Kawal Selia 2011 (dengan pindaan) yang dibentangkan oleh Task Force Institusi Pendidikan Ikram 2.0 Unit Pembangunan Institusi (UPI).

Antara yang hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr, Omar Yaakob dan Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

BERITA

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala

BERITA

SUNGAI PETANI – Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan

BERITA

KLANG – Alhamdulillah, Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ (SMITQ Hira’) melakar kejayaan membanggakan apabila pasukan Maryam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar perbincangan mengenai keputusan Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 tidak

BERITA

KULIM – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah Sg. Petani, Muhammad Syahmi Mohd Zaki dan Yusuf Fansuri Mohammad Hafiz,

BERITA

SITIAWAN – Seramai 50 pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh menerima pentauliahan pangkat Leftenan Muda KRS Musleh selepas menamatkan Kursus