Komitmen Berterusan MeTra Terhadap Inisiatif KPM dalam Sukan Memanah

SERI KEMBANGAN – “Persatuan Memanah Tradisional Musleh (MeTra) telah dilantik oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM untuk melatih lebih 1000 orang guru KPM daripada Kadet Remaja Sekolah (KRS) Malaysia, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Malaysia dan Persatuan Badan Beruniform (PBB) yang lain mengikut zon-zon di seluruh negara bermula Mei hingga September 2023,” ujar Penasihat MeTra merangkap Jurulatih Kanan, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa.

Menurut beliau, melalui surat bertarikh 4 April lalu, KPM telah melantik MeTra untuk turut sama terlibat dalam menjayakan kursus kejurulatihan Memanah Tradisional Tahap 1 bagi sekolah rendah dan menengah pada tahun ini.

Dalam perkembangan sama, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) turut melantik MeTra untuk mengendalikan Kursus Asas Memanah Tradisional yang melibatkan 70 orang jurulatih KRS Malaysia dan PBB.

“Lantikan tersebut melibatkan 4 orang jurulatih dari MeTra untuk membantu perjalanan kursus berkenaan akan berlangsung di Pusat Kokurikulum Tasek, Johor bermula 10 Mei depan,” jelas Abd Rahaim.

Jurulatih-jurulatih tersebut yang dilantik ialah Jurulatih Utama (JU) Muhammad Rubaie Abd Rahaim, JU Kamaruzaman Che Ya, JU Mohd Faizul Md Taib dan Jurulatih Kanan (JK) Abd Rahaim Md Isa.

Tambahnya lagi, selain Johor, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) juga sekali lagi telah melantik MeTra untuk menguruskan dua program di peringkat negeri berkenaan.

“JAIPK telah melantik MeTra bagi mengurus Kursus Asas Jurulatih Memanah Tradisional yang melibatkan guru-guru dari sekolah-sekolah menengah agama negeri Perak pada 24 hingga 27 Mei akan datang serta Mahrojan Memanah Tradisional Sekolah-Sekolah Menengah Agama Perak,” katanya.

Mahrojan Memanah Tradisional tersebut dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 23 Julai akan datang.

MeTra merupakan singkatan daripada Persatuan Memanah Tradisional Musleh telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 Jun 2017 di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) dengan status Kebangsaan. Persatuan ini bernaung di bawah Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh.

Keahlian MeTra meliputi semua pelajar berumur 10 tahun hingga 17 tahun sebagai Ahli Remaja manakala alumni, pegawai atau guru KRS Musleh yang berumur 18 tahun ke atas sebagai Ahli Biasa. Orang awam yang ingin menyertai MeTra dipanggil Ahli Bersekutu.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Empat orang delegasi daripada Two Oceans Graduate Institute (TOGI), sebuah institusi pengajian tinggi swasta dari Afrika Selatan

BERITA

SEREMBAN – Murid Sekolah Rendah Islam (SRI) As-Saidiyyah, Muhammad Harraz Zuhayr Abdul Fattah, 10, telah dipilih sebagai salah seorang Duta

BERITA

YALA, THAILAND – Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH) terus memperluaskan impak pendidikan Islam di peringkat antarabangsa apabila Perunding KRS MUSLEH

BERITA

MIRI – Dua murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Miri mencipta kejayaan membanggakan apabila masing-masing meraih pengiktirafan dalam Program MYY

BERITA

SHAH ALAM – Keupayaan murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, sekolah rangkaian MUSLEH, menghasilkan inovasi bertaraf dunia sekali lagi

BERITA

SERDANG – Semangat meneroka dunia teknologi dan inovasi membuahkan hasil apabila Muhammad Shah Nazrin Mohd Shalahuddin, murid Sekolah Rendah Islam