Lawatan Mahabbah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK)

BANGI – Jawatankuasa Pendidikan IKRAM telah menerima lawatan mahabbah daripada Sekretariat Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK), Bahagian Dasar Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Jumaat lalu di sini.

Pihak JPPIK yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Dasar JAKIM, Tuan Bukhari Md. Akhir itu tiba di SMI Sri Al-Amin, Bangi sambil diiringi oleh 6 orang pegawai dari Bahagian Dasar JAKIM dan telah disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof. Dr. Omar Yaakob.

Sehubungan dengan itu, sebuah taklimat mengenai perkembangan usaha yang telah dilaksanakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia di seluruh negara dalam sektor pendidikan Islam melalui agensinya, IKRAM Musleh, telah disampaikan oleh Prof. Dr. Omar Yaakob dalam pertemuan yang berlangsung hampir 3 jam itu.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, SMI Sri Al-Amin Bangi, Dr. Jailani Salihon yang turut hadir dalam pertemuan tersebut, berpeluang berkongsi sejarah serta maklumat semasa sekolah.

Menyambut baik semua usaha yang telah dilaksanakan oleh IKRAM Musleh, JPPIK menyatakan kesediaannya untuk menerima cadangan-cadangan bagi menambah baik sistem pendidikan Islam negara pada masa akan datang.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pendidikan IKRAM, Dr. Kamaliah Noordin, Setiausaha, Rohida Jamaludin dan Ketua Sektor Latihan IKRAM Musleh, Dr. Azma Mahmood serta pengurusan kanan SMI Sri Al-Amin Bangi.

Dalam pada itu, JPPIK yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) telah diwujudkan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berdasarkan Peraturan-Peraturan MKI Tahun 2022. JPPIK berperanan untuk menyelaras pendidikan Islam di seluruh negara bagi pendidikan Islam yang selain daripada skop tugas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

BERITA

PUTRAJAYA – 10 sekolah rangkaian Musleh dan 1 sekolah rakan menerima pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti

BERITA

KUCHING – Tiga orang murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching mencipta kejayaan membanggakan dalam Sarawak Forestry Corporation (SFC) Hornbill

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) menerima kunjungan akademik daripada wakil Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM) dan institusi

BERITA

JOHOR BAHRU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bahru melalui pasukan Hidayah Squad dinobatkan sebagai Johan Kategori Komik Pendidikan

BERITA

KUALA LUMPUR – Gandingan pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris, Batu Pahat, bersama bapanya berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan

BERITA

CYBERJAYA – Dua orang murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang, berjaya mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai 10 finalis