Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh 2023

KEPALA BATAS – Seramai 66 graduan program kursus asas perguruan dalam perkhidmatan yang tamat menjalani Sijil Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) Kohort 1 dan Kohort 2 diraikan dalam Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh bagi tahun 2023 yang telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia di sini pada Rabu minggu lalu.

Majlis yang menggabungkan para graduan dari Pulau Pinang dan Kedah serta Perlis itu telah disempurnakan dengan penyampaian sijil kepada para graduan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Dr. Kamaliah Noordin.

Dalam perkembangan sama, Nurhayati Othman dari SMI Al-Itqan Pulau Pinang merupakan salah seorang penerima bagi anugerah kategori Praktikum Terbaik. Turut menerima anugerah sama, Husniyah dari Pusat Pendidikan Al-Azhar.

Selain itu, Anugerah Kajian Tindakan Terbaik telah disandang oleh Iffah Adnan dari Pusat Pendidikan Al-Azhar manakala Intan Sharina dari sekolah sama turut menerima dua anugerah iaitu Anugerah Al-Ghazali dan Anugerah Akademik Terbaik.

Turut hadir, Ketua Sektor Latihan IKRAM Musleh, Dr. Azma Mahmood, Pengerusi JPS Pusat Pendidikan Al-Ikram Pulau Pinang, Prof. Dr. Md Roslan Hashim dan wakil pihak pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Azhar Kedah, Ustaz Mohd Syahir Ismail.

Terdahulu, Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh bagi tahun 2023 juga telah diadakan oleh Pusat Pendidikan Hidayah pada 12 Februari lalu untuk meraikan 40 graduan program sama dari sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh di zon selatan.

Program SPAIM adalah program latihan pengajian ikhtisas bagi semua guru dalam rangkaian sekolah IKRAM Musleh. Pada tahun 2003, program Diploma Pendidikan MUSLEH telah ditukarkan kepada Syahadah Perguruan IKRAM-MUSLEH (SPIIM) sebelum direviu pada tahun 2018 dan ditukar kepada SPAIM.

BERITA

SERI KEMBANGAN – Sebahagian besar daripada 2,413 calon dari 39 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) rangkaian Musleh menerima keputusan Syahadah

BERITA

GOMBAK – Idea inovasi yang menggabungkan teknologi tenaga solar dan kelestarian hijau membawa tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Islam

BERITA

SERI KEMBANGAN – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga atas pencapaian ‘Ayshah Sakeenah Abdullah Khairi dari Sekolah Rendah

BERITA

KUALA KUBU BHARU – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Sekolah Menengah dalam

BERITA

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge

BERITA

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod