Perjuangan Pendidikan Membina Insan Rabbani

SERI KEMBANGAN – “Kita bukan hendak melahirkan orang yang hanya boleh mendapat pekerjaan tetapi lebih daripada itu. Kita hendak bina insan rabbani yang mampu membangunkan kehidupan dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Kemudian, menjadi khalifah yang mewujudkan peradaban sejahtera hingga akhirnya dimensi akhirat itu turut berada dalam hidupnya, menjadi ufuk dalam kehidupannya.”

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM merangkap Pengarah Pendidikan IKRAM Musleh Berhad, Prof. Dr. Omar Yaakob berkata demikian sewaktu menghuraikan mengenai Falsafah Pendidikan IKRAM Musleh dalam ucaptamanya di Majlis Amanat Pengerusi Tahun Baharu 2023 yang berlangsung pada Selasa di sini.

Sebelum itu, beliau memetik firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat ke-79, di mana dalam ayat tersebut Allah SWT menjelaskan bahawa dakwah Rasulullah SAW ialah menyeru umat manusia agar menjadi golongan rabbani; “kunu rabbaniyyin”.

Jelasnya lagi, terdapat 11 ciri-ciri insan rabbani yang ingin dilahirkan. Antaranya termasuklah individu yang memiliki pengetahuan yang luas, kefahaman yang mendalam, jasmani yang cergas, akhlak yang mulia, qalbu yang sihat, hikmah yang ketara, akidah yang benar, ibadah yang betul, dakwah yang istiqamah dan rahmatan lil ‘alamin.

Beliau berkata bahawa kesemua ciri-ciri ini akhirnya bukan hanya ditaksir dan dinilai berdasarkan kepada peperiksaan bertulis semata-mata tetapi turut mengambil kira keseluruhan sistem tarbiyah yang telah dirancang dan disusun lengkap sebagai satu pakej dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah untuk murid-murid dari darjah 1 hingga tingkatan 5.

“Contohnya, jika Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) tidak dilaksanakan oleh sekolah-sekolah rangkaian, maka sebahagian sistem tarbiyah itu telah pincang dan tempang. Pentaksiran murid-murid tidak berlaku mengikut sistemnya,” jelasnya.

Pada penghujung ucapannya, beliau sekali lagi menekankan bahawa tanggungjawab mendidik ialah amanah bersama dan semua pihak merupakan sebahagian daripadanya.

Sementara itu, majlis tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah rangkaian IKRAM Musleh dari seluruh negara sebagai persediaan dan taklimat penyelarasan sebelum semua murid memasuki tahun baru persekolahan.

Dalam perkembangan berkaitan, mendukung aspirasi sekolah rahmah, turut diperdengarkan bersama dalam majlis berkenaan, lagu terbaru kumpulan Saff One yang bertajuk Sebarkan Rahmah, yang telah dicetuskan ideanya bersama IKRAM Musleh.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Pendidikan IKRAM, Dr. Hjh. Kamaliah Noordin, Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh merangkap Pengerusi Bahagian Tarbiyah, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor serta Ketua Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh merangkap Pengerusi KRS Musleh, Mejar Abd Rahaim Md Isa.

Sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024 dijadualkan bermula pada Ahad dan Isnin depan.

BERITA

SERDANG – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) 2026 pada Sabtu, 20 Jun 2026, sebagai medan

BERITA

SERI KEMBANGAN – MUSLEH merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid sekolah rangkaiannya yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Minecraft Education Challenge

BERITA

JOHOR BAHRU – Dua murid Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya mengharumkan nama negara

BERITA

SHAH ALAM – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’ Klang diumumkan sebagai Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Cemerlang bagi kategori Anugerah

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh, salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad melakar kejayaan membanggakan apabila dinobat

BERITA

IPOH – Sekolah Rendah Islam I-Musleh menyerlah di pentas pendidikan negara apabila salah seorang pendidiknya, Natasha Faradilla Jamil, diumumkan sebagai